Ku Percaya Ada Cinta


Wednesday, May 05, 2004
Sehari bersama aku

Jumaat 30 April 2004

Pagi

Bangun mcm biasa , bersihkan diri , pegi keje , sampai opis pukul 8.30 pagi . Start keje . Tapau nasi lemak utk bfast . Check email , masuk blog , masuk CF . Tengah hari pegi lambat sikit ke masjid , dlm pkl 1 tengah hari , sebabnya tak sedar masa berlalu , banyak keje nak di settlekan .

Petang

Balik dari solat Jumaat , pegi TC kejap . H ambil borang PT kat guard . Masuk opis dlm pkl 2.30 ptg . Tapau mee hoon + kueytiaw utk lunch , murah oo kat kedai ni RM2.50 aje . Makan kat opis . Start balik keje . F dari KL call , dia bertolak ke K malam ni .

Stay kat opis sampai pukul 8 mlm . Call abg F berborak2 dgn dia maklum laa aku jarang call dia semenjak aku stay sini .

Malam

Blah dari opis pukul 8 mlm . Singgah kat IP beli burger ayam special utk dinner . Makan sambil tengok TV . Bersihkan diri lepas tu , pkl 9 mlm tengok Jake 2.0 dan lepas tu tengok Charmed di NTV 7 . Tido pukul 12 malam .

Sabtu 1 Mei 2004

Pagi

Bangun dlm pkl 9 pagi , WZ call tanya mcm mana nak pegi umah boss . Bersihkan diri , prepare bfast , nescafe susu dgn roti . Tengah hari lepak kat umah , jemur bantal dan tilam heh heh ...

Petang

Tak de kemana2 hari ini , aku cuma lepak kat umah ajer . Bersihkan rumah ler , rumah bujang korang paham paham aje la kan . Aku ada problem sikit ni , sms A kat S , minta pertolongan dari dier . Dengar radio dan tengok tv .

Malam

Pkl 6 ingat nak dengar UK Top 40 still tak de gak minggu ni , apa lagi pukul 7 malam aku layan Sin Chan dgn Doraemon ler . Pkl 8 mlm aku terima sms dari F , bagitau dia mungkin dtg lambat sikit ke umah aku , ada dinner dgn family dier .

8.30 mlm pegi pasar malam , tapau mee hoon goreng dan kuih talam tepung , kalau korang nak tau kuih ni memang peberet aku sejak kecik lagi , nenek aku pandai buat .

Pkl 9 tengok Imbasan Akademi Fantasia Akhir . 10 malam F call , dia sampai umah aku pkl 10.30 malam , aku tengah layan DVD Cradle To The Grave . Pkl 12 mlm kitaorg pegi minum kat tepi hway , sambil layan mat motor tengah racing hah hah . On the way tu beli rokok , lepak kat kat warung tu botak2 sampai pukul 1.30 pagi . Aku balik dan tido lepas tu .

Ahad 2 Mei

Pagi

Bangun pkl 10 pagi , bersihkan diri , prepare bfast maggi tomyam campur telur , lepak lepas tu , kemaskan rumah . Tengah hari tengok Melodi di TV3 .

Petang

Pkl 1.30 ptg tido , kaber balik aa mengantuk seminggu bekerja , sendiri mau ingat aa kan . Pukul 5 ptg bersihkan diri lepas tu basuh kete . Lepak kejap lepas tu dlm pkl 6 keluar beli surat khabar dan sayur sawi utk dinner .

Malam

Pkl 7 mlm layan VCD . Pkl 8 malam tengok Edisi Siasat , topik tak berapa menarik minat aku sangat . 9 malam prepare dinner , menu malam ni cuma sayur sawi air ajer . Malas nak masak benda lain . Tengok Phua Chu Kang dan Mutant X . Tido awal dlm pkl 11 malam

Isnin 3 Mei 2004

Pagi

Hari ini merupakan cuti umu ganti utk 3 hari cuti public iaitu Hari Pekerja , Maulidur Rasul dan jugak hari Wesak . Bangun dlm pkl 9 pagi , prepare bfast roti dgn telur goreng . Kemas rumah sebab family aku nak dtg . Call mak dia jd dtg hari ini . Mereke bertolak pukul 11 pagi .

Basuh baju , Call Y dia dgn R dtg naik bas pukul 1.30 ptg sebab tak muat satu kete lagipun kete tu absorber dia rendah , dah patut kena tukar dah pun .

Petang

Lepak kat umah sambil menanti diaorg sampai . Sambil2 tu layan VCD ler . Y dan R naik bas Transnasional . Mak , ayah dan Angah sampai K pukul 3.30 petang .Pegi ambil diaorg kat Giant . Beli belah barang kejap , sebab mak nak masak kat umah aku .

Keluar balik dlm pkl 5.30 ptg , on the way ambil Y dan R kat Terminal . Singgah kat opis aku kejap ambik kipas . Lepas tu pg kedai kek beli kek utk besday Y . Balik rumah pukul 7 mlm .

Malam

Makan dgn family , riuh rendah plak umah aku sebab ini merupakan first time seluruh family aku sampai ke umah aku ni . Pkl 8.30mlm pegi umah D . Aku introduce family aku dgn family D . Selalu asik nak kirim salam aje sekarang dah pun kenal face to face .

Lepas tu pegi celebrate besday Y .Ingat nak pegi pantai TC tapi sebab ramai sangat org kitaorg pegi plak pantai T . Bentang kertas , tiup lilin , makan lepas tu balik . Pegi umah D kejap ambik K ajak pegi minum kat kedai tepi hway . Angah dan Y tido lambat sebab layan vcd , aku plak tido pkl 2 pagi , keletihan ..........

Posted at Wednesday, May 05, 2004 by Ridzuan
Sila tinggal komen Korang  




Friday, April 30, 2004
Sehari Bersama Aku

Pagi

Bangun cam biasa , 7.30 pagi prepare roti telur sapu cili sos utk bfast dan lunch , bersihkan diri , lepas tu pegi keje . sampai pukul 8.30 pagi boss call ajak pegi Awana Kijal tolong member dari KT keje kat situ . Bertolak dgn boss ambik manager dari kl di V , terus ikut jalan B ke Awana Kijal . Singgah bfast kat B .

Sampai dlm pukul 10.30 pagi di Awana Kijal , lepak dgn S kat library , boss ada meeting , tengah hari makan roti dan nescafe bekal kat Awana , S balik ke KT pkl 1 , cantik Awana Kijal ni , aku siap buat road tour lagi , memang best tempat ni .

Petang

Pkl 1.30 pihak hotel belanja makan , apa lagi join la rezeki tak kan nak tolak kot , aku order Awana Special . Kita orang blah dari Awana dlm pkl 2 petang , sampai opis dlm pkl 5 petang , punya mengantuk , boss aku drive , sampai tersengguk sengguk aku kat back seat .

Masuk opis plak WZ tapau banyak makanan , kuih muih dan mee hoon , ada training tadi rupanya , lepak kat opis sampai pukul 7 ptg .

Malam

Call D dia ada kat bus stop , ambik dia kat bus stop Pasar , terus balik , ari ni birthday mak dia . Singgah kat Giant dia beli vanilla coke . Hantar dia sampai umah , jam dah pun pukul 8.30 malam .Terus balik lepak2 rehatkan diri , lepas tu tengok The Mothman Propecies .

Diaorg dtg umah aku dlm pkl 11.30 malam , masa tu tengah tengok Legally Blonde , pastu K nak tengok plak The One . Pkl 1 pagi D rasa tak sedap dada dan sesak nafas so aku hantar dia ke klinik 24 hour malangnya klinik tu tutup dan satu lagi klinik doktor plak tak der .

Dia call member dia pastu kita org hantar dia ke HTAA , nasib baik tak teruk , risau jugak aku dia kena suntikan , doktor sahkan dia kena gastrik , aku dah banyak kali cakap kat dia ni , jaga makan tu , degil cakap aku , dah kena lecture dgn aku secara percuma , dia buat derk aje .

Balik dari HTAA pkl 3.30 pagi , sampai umah aku tido , diaorg tido umah aku , punya la mengantuk . Ye lah dah pukul bape , tapi tak pe laa sekali sekala , lagipun aku dah bagitau boss aku yang hari Jumaat pagi aku masuk lambat sikit .

 

Posted at Friday, April 30, 2004 by Ridzuan
Sila tinggal komen Korang  




Thursday, April 29, 2004
2 lirik lagu pilihan aku

Pulangkan - Mish Omar dan Ezad Exist

Seharum bunga yang menggoda
Sekadar dipandang usah dipuja
Kau pasti tak percaya
Kasih ku bukan,
Untuk mu, sayang

Tiada ku sangka kau sungguh kejam
Kau rampas segalanya yang kau dendam
Namun takkan bahgia kehidupan mu
Bila bunyi bersatu
Kau milik ku

F : Pulangkan cinta hati ku
M : Oh hentikan lah menghantui ku
F : Pulangkan oh pulangkan lah pada ku
M : Ku pulangkan kesan hidup mu
F : Yang dikau musnah tanpa relaku
M : Bebaskanlah maafkan daku, oh kasih

Tiada kemaafan di sini
Kau ragut degupan hati ku ini
Akan ku jejakimu, kemana jua
Hingga akhir masa, sayang ........

(dari filem 'Pontianak Harum Sundal Malam')

Segalanya (My All versi melayu)

Ku mentafsirkan
Kelemahan dan kesilapan
Adakah getarnya dariku mungkin sebaliknya
Ataukah aku mengubahkan mu
Hingga terkeliru

Ku berikan
Emas intan dan permata
Bukan kaca
Kilau tiada berharga
Tetapi sayangnya
Kau terpukau lupa segalanya
Yang pernah kita ciptakan selama ini

Pernahkah berdetik
Atau terlintas di penjuru hati
Untuk kau kembali
Menyambung mimpi kian punah
Seandainya payah biarku berduka
Segala galanya..............

Segalanya (My All) - Liza Hanim, Siti Nurhaliza, Sarah, Misha Omar & Ning Baizura

dari Anugerah Industri Muzik 2004

 

Posted at Thursday, April 29, 2004 by Ridzuan
Sila tinggal komen Korang  

Sehari Bersama Aku

Pagi

Bangun dlm pkl 7.30 pagi , bersihkan diri lepas tu pegi keje , singgah beli nasi lemak . Bfast kat opis , start keje sampai tengah hari , keluar dlm pkl 11.30 pagi , bayar bil api dgn air kat pejabat pos , lepas tu bayar installment kete kat BCB . Dekat aje 2 2 tempat ni dgn opis aku . Tengah hari tak lunch cuma makan buah buahan campur aje .

Petang

Masuk opis , makan kat opis sambil2 masuk CF , blog dan email . Pkl 2 petang sambung balik keje sampai petang . Stay kat opis sampai pukul 6 ptg , aku kuar opis dlm 6.30 petang , pegi rumah tuan rumah kat C bayar duit sewa rumah bulan depan . lepas tu pegi pasar malam tapau nasi kerabu dan jugak kuih lopez . Singgah kat kedai jap beli roti

Malam

Sampai umah dlm pkl 7.30 malam , lapar terus makan nasi kerabu sambil2 tengok Cradle Ti The Grave , bersihkan diri , malam lepak kat umah aje , sambil tengok ketakutannya tiada penghujung Trauma . Pukul 11 malam tido .
 

Posted at Thursday, April 29, 2004 by Ridzuan
Sila tinggal komen Korang  




Wednesday, April 28, 2004
Topik : 10 Lagu Modern Rock Pilihan Aku

Di bawah ni aku senaraikan 10 buah lagu Modern Rock yang aku minati sehingga ke hari ini beserta komen aku , enjoy !

This Love - Maroon 5

Aku suka dengar muzik lagu ni , catchy , videoklip biasa aje , cuma rentak lagu ni memang aku suker sangat dengar .

You're A God - Vertical Horizon

Rentak moderate macam ni memang aku suka kalau di komparekan dgn lagu Everything You Want dan jugak Best I Ever Had (Grey Sky Morning) , kalau tak silap aku lagu ni popular tahun 2000 , dan aku rasa lagu tak ramai yang tau sebab tak berapa popular .

7 Nation Army - White Stripes

Aku kenal kumpulan ni menerusi Hitz Fm , dans ejak dari lagu ni , aku suka diaorang ni punya muzik , selain dari lagi ni ada dua lagi lagu mereka yang aku rasa tak berapa popular iaitu I Just Dont Know What To Do With Myself dgn The hardest Button to Button , apa pun rentak lagu 7 Nation Army tetap menjadi pilihan aku .

Higher - Creed

Lagu ini di ambil dari filem animasi , lupa plak tajuk filem tu , tahun 2001 kalau tak silap aku , jika nak di bandingkan dgn With Arms Wide Open yang lebih rilek dan slow , lagu ni rancak sikit . Still suka irama sebegini

Semi Charmed Life - Third Eye Blind

Aku di perkenalkan dgn lagu ni pada tahun 1997 atau 98 kalau tak silap aku laa, memang best lagu ini , ada rentak2 macam lagu Mmmbop Hanson , cuma irama tu ajer ada kelainan sedikit .

What In The World Happen To You - Offspring

Kalau dengar lagu ni mesti head banging punya , rentak yang cukup popular sama macam lagu
Come Out And Play (dlm satu album 2 2 lagu ni) . nostalgia sungguh lagu ni , popular dlm tahun 1995 kalau tak silap aku .

I Believe In A Thing Called Love - The Darkness

Lagu ini baru aje popular di sini , aku stat kenal lagu ni pada oktober tahun lepas , apabila masuk UK Top 40 , ok laa suara mamat ni macam alien sikit pada pandangan aku laa , kalau korang nak nilaikan sendiri cuba dengar lagu ni dlm Hitz FM .

Headstrong - Trapt

Muzik rancak lagu ni lebih kurang macam Harder To Breathe , dua2 aku minat sebenarnya , kumpulan ni aku rasa cuma popular dgn single lagu ini ajer , tapi memang layan laa kalau degnar lagu ini .

Are You Gonna Be My Girl - The Jet

Lagu ni aku kenal sama macam lagu The Darkness , konsep muzik pun aku rasa lebih kurang ajer
dah pun masuk carta Hitz Fm Top 20 . Cuba dengar dan hayati .

Running Away - Hoobastank

Single ni tak popular macam lagu Crawling In The Dark , cuma aku lagi suka dgn muzik Running Away , lebih menarik dan catchy . Still suka sehingga ke hari ini .

Dont Look Back In Anger - Oasis

Satu album dgn lagu Wonderwall , cuma lagu ini aku tak berapa minat sangat kalau di bandingkan dgn Dont Look Back In Anger , ok la muzik Oasis memang macam ni dari dulu , so lagu pun kita boleh kenal . Nostalgi lagu ni , teringat nostalgi kenangan aku tahun 1996 dulu .

Otherside - Red Hot Chilli Peppers

Aku suka tengok videoklip lagu ni , cukup berseni , muzik pun best , popular sekitar tahun 2000 dulu , muzik yang aku minat sehinggalah ke hari ini
 

Posted at Wednesday, April 28, 2004 by Ridzuan
Sila tinggal komen Korang  




Tuesday, April 27, 2004
Sehari Bersama Aku

Pagi

Aku bangun dalam pukul 9 pagi heh heh , aku masuk lambat hari saja , sebab semalam aku keje , so ari ni aku kira macam balas dendam balik aaaa . Siap tengok VCD Seriau , bfast kopi susu dgn biskut aje . Tengah hari pukul 12 aku kuar , pegi Maideen bandar , beli barang jap , lepas tu baru masuk opis pkl 12.30 tengah hari .

Petang

Start keje , check email , masuk blog , masuk CF , lepak kat opis sampai petang , call S tapi masuk mesej , tu la member aku sorang kat kl ni dah dapat keje , terus susah nak kontact , sabo jo la den .
Pkl 6 ptd call D ajak dia dtg umah dgn K , aku nak buat makan2 sikit .

Aku kuar opis dplm pkl 6.45 ptg , singgah withdrawl duit , lepas tu pegi Giant beli barang , on the way ke umah singgah kat kedai tapau tomyam campur utk dinner dgn diaorg ni . lama aku buat makan2 kat umah , tu timbul idea tu .

Malam

Aku sampai ke restoran kat area umah dpm pkl 7.30 malam , call Y adik aku tanya khabar dia dah abis ke PKN , dia cakap hari Jumaat ni , berkemungkinan family aku akan dtg Kuantan awal bulan 5 dia bagitau ler . Balik rumah lepas tu , bersihkan diri , tunggu diaorg sampai , aku masak nasi , lepas tu tengok VCD .

Diaorg sampai pkl 8.30 mlm , makan sekali sambil tengok Seriau , best jugak citer tu . Paip sinki aku problem plak , getah dia dah rosak , nak kena carik plak esok ler kalau aku free nanti . Habis Seriau tengok The Two Tower . Habis dlm pkl 1 , diaorg balik sendiri naik motor K , aku pun dah ngantuk giler siap terlelap masa dioarg tengok Two Tower tu . Aku pun tido selepas itu .

Posted at Tuesday, April 27, 2004 by Ridzuan
Sila tinggal komen Korang  




Monday, April 26, 2004
Topik : Segalanya - Siti , Liza , Sarah , Ning dan Misha

Pertama kali aku dengar lagu My All dendangan Mariah Carey ini di nyanyikan dalam versi melayu yang di alih bahasa oleh Lukhman S , bagus dan menarik , nanti aku akan cuba dapatkan lirik lagu ini khas untuk korang . Di bawah ni aku nak komen tentang vokal penyanyi yang mengalunkan lagi Segalanya ini di malam Anugerah Industri Muzik yang baru berlalu di PWTC pada 24 April yang lepas .

1. Liza Hanim

Apa lagi yang boleh di katakan tentang suara live Liza Hanim ini , walaupun dah bergelar ibu , tetap power , aku memang suka vokal minah ni , terutama bila nyanyi live kalau tak masakan menang Vokal Terbaik di AJL Ke 17 .

2.Siti Sarah

Minah ni aku kurang suka sangat dengar bila dia nyanyi live , macam tak berapa menjadi , so komen aku dia ni kena banyak lagi belajar menyanyi secara live , pada pandangan aku ler .

3.Siti Nurhaliza

Tak payah la cakap pasal Siti dan terbukti dah pun , malah menang besar dlm AIM 2004 , so aku tak payah la komen , sure korang bersetuju dgn aku nyer .

4.Ning Baizura

Vokal ning memang bagus tetapi entah macam mana , bila nyanyi lagu ini secara live semacam tidak kena kena vokal dia , sapa2 yang mendengar atau merakam atau meng'downlod' (heh heh ada ke perkataan ni ) cuba amati dgn teliti .

5.Misha Omar

Ok la vokal minah ni , sesuai jugak bila bawak lagu ni dgn gaya dia yang tersendiri . Korang dengar sekali sure korang kata itulah dia Misha Omar .

Posted at Monday, April 26, 2004 by Ridzuan
Comments (4)  

Sehari Bersama Aku ( Ahad 25 April 2004 )

Pagi

Tersedar pukul 7.30 pagi , boss aku tanya pasal event malam ni . Aku kena jumpa dia kejap nak bagi t shirt . Bersihkan diri dlm pkl 9.30 pagi dah keluar dari rumah . Pegi kuar duit dulu kat Petronas IM , lepas tu pegi makan bfast jap kat Restoran R . Beli suratkhabar dan majalah V .

Ingat nak makan roti canai rupanya dah abis . Orde la lontong dgn teh tarik , teh tarik punya laa pekat . Habis bfast isi minyak jap pastu terus jumpa boss . Jumpa kejap je lepas tu aku balik . On the way balik tapau ayam goreng perisa tom yam , saja nak rasa sebab tak penah rasa lagi , sebelum tu jumpa D kat M , singgah kat watson beli panadol dan jugak beli DVD .

Terus balik sampai umah pkl 11.30 pg , makan kejap sambil2 dengar Baru Di Era dan tengok Melodi di TV3 , pastu tengok DVD The Mothman Propericies , kalau korang nak tau , aku memang suka ceriat2 macam ni .

Petang

Tengok DVD sampai pukul 4 petang , pastu basuh kete jap , body kete tak kotor sangat cuma aku bersihkan cermin kete je , sampai pukul 5 petang . Aku kuar dari umah pkl 5.30 ptg terus pegi ke opis . call M member opis aku kalau nak jumpa aku leh jumpa kat opis .

Malam

Aku masuk opis , keje jap , update blog dan terus kuar dari opis pkl  6.45 ptg . Pegi padang lepas tu . lepak kat sana sampai D dgn K sampai , kita org tengok persembahan artis Ella , Yantzen dan jugak X Factor sempena Celcom In Play Fustsal Fiesta . Aku blah dari situ pukul 10 malam terus ke PS utk makan , teman diaorg ni makan je , D bagitau yang dia taka dpt lambat gaji bulan ni . kesian pulak aku nengok .

Lepas makan terus balik ke rumah , on the way balik singgah beli Trauma dan jugak Seriau , sampai umah dlm pkl 11.30 malam . Budak2 tu lepak tengok VCD Trauma sampai pukul 1 pagi , aku hantar diaorg lepas tu aku balik tido .

Posted at Monday, April 26, 2004 by Ridzuan
Comments (2)  

Sehari Bersama Aku ( Sabtu 24 April 2004 )

Pagi

Aku bangun dlm pkl 9 pagi . layan kartun , dah lama gak tak layan kartun ni , prepare bfast , quaker oat dan jugak teh susu , lepak sampai tengah hari lepas tu basuh baju dan kemas umah , bukan nya berselarak mana aku , tapi umah sewa aku ni terletak sebelah main road so habuk jalan tu , memang sentiasa ada habuk , so kena aa sentiasa di sapu .

Petang

Aku tido lepas pukul 2 , malas plak nak dengar Carta 21 Red Fm . Tu la perangai aku , bila time datang malas aku buat haper pun tak kan menjadi punyer . nak basuh kete pun malas gak heh heh .
Dah standby nak dengar UK Top 40 , tak de pulak minggu ni , sabo je laa , dah la minggu lepas ulang minggu yg sebelum nya punya carta .


Malam

Ingat nak tengok Sin Chan pukul 7 , alih2 konsert re union Akademi Fantasia yang kuar , ler naik bosan plak aku tak habis2 lagi , erm dengar lagu kejap . aku tak tau pesal selera makan aku berkurangan sejak dua menjak ni , nak sakit pun . harap2 tak laa .  

Pkl 8 malam tengok Edisi Siasat , kisah menarik mat motor kat kl dan melaka , paling best tu wan kamarudin siap gelar mat motor ni mat kambing dan kerbau jalanan lagi heh heh , pukul 8.30 malam malam kemuncak segala galanya , Anugerah Industri Muzik 2004 .

Pkl 12 aku keluar ingat nak kuar duit , tapi hampeh sebab semua bank out of service termasuk yang ada label bank card . Buang minyak aje round satu bandar ingat nak lepak , langsung hilang mood aku terus balik umah lepas tu .

Posted at Monday, April 26, 2004 by Ridzuan
Sila tinggal komen Korang  

Topik : Biduanita Muda

Biduanita muda
Oleh Ellyna Ali & Rudy Imran Shamsudin

MALAM Anugerah Industri Muzik 2004 (AIM04) yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kelmarin, menyaksikan Siti Nurhaliza layak digelar Biduanita Negara apabila memenangi anugerah Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita) untuk enam tahun berturut-turut.

Siti juga mencipta sejarah apabila menjadi artis Malaysia pertama menerima anugerah khas Kembara buat kali kedua atas pencapaian dan kemenangannya dalam beberapa anugerah yang membanggakan di negara luar. Siti menerima anugerah sama pada 2000.

Komposer Azmeer, salah seorang penerbit album Siti, E.M.A.S, ketika memberi ucapan berkata, bahawa sudah tiba masanya Siti dinobatkan sebagai Biduanita Negara atas bakat dan kecemerlangannya yang dibuktikan melalui kemenangan vokal yang belum mampu digugat penyanyi ada selama enam tahun.

Album E.M.A.S yang dipasarkan tahun lalu pada awalnya hanya menjadi pelengkap kepada pencalonan AIM04 sebaliknya mengejutkan ramai apabila menyapu bersih anugerah besar termasuk Album Terbaik yang menjadi kemuncak AIM04 serta Album Pop Terbaik menewaskan Ning Baizura (Selagi Ada) dan Siti Sarah (Mimpi Pun Sama).

E.M.A.S juga unggul bagi mengiktiraf kerja teknikal dalam pembikinan album apabila lagu ciptaan Aubrey Suwito, Bukan Cinta Biasa menang Susunan Muzik Terbaik.

Siti yang ditemui selepas majlis, nyata terkejut dengan kenyataan Azmeer yang mahu dirinya dinobatkan sebagai Biduanita Negara.

MALAM Anugerah Industri Muzik 2004 (AIM04) yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kelmarin, menyaksikan Siti Nurhaliza layak digelar Biduanita Negara apabila memenangi anugerah Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita) untuk enam tahun berturut-turut.

Siti juga mencipta sejarah apabila menjadi artis Malaysia pertama menerima anugerah khas Kembara buat kali kedua atas pencapaian dan kemenangannya dalam beberapa anugerah yang membanggakan di negara luar. Siti menerima anugerah sama pada 2000.

Komposer Azmeer, salah seorang penerbit album Siti, E.M.A.S, ketika memberi ucapan berkata, bahawa sudah tiba masanya Siti dinobatkan sebagai Biduanita Negara atas bakat dan kecemerlangannya yang dibuktikan melalui kemenangan vokal yang belum mampu digugat penyanyi ada selama enam tahun.

Album E.M.A.S yang dipasarkan tahun lalu pada awalnya hanya menjadi pelengkap kepada pencalonan AIM04 sebaliknya mengejutkan ramai apabila menyapu bersih anugerah besar termasuk Album Terbaik yang menjadi kemuncak AIM04 serta Album Pop Terbaik menewaskan Ning Baizura (Selagi Ada) dan Siti Sarah (Mimpi Pun Sama).

E.M.A.S juga unggul bagi mengiktiraf kerja teknikal dalam pembikinan album apabila lagu ciptaan Aubrey Suwito, Bukan Cinta Biasa menang Susunan Muzik Terbaik.

Siti yang ditemui selepas majlis, nyata terkejut dengan kenyataan Azmeer yang mahu dirinya dinobatkan sebagai Biduanita Negara.

“Abang Azmeer membuat kenyataan begitu berdasarkan kemenangan saya pada malam ini. Namun siapalah saya jika hendak dibandingkan dengan penyanyi yang jauh lebih berpengalaman.

“Pembabitan saya dalam industri muzik tempatan masih terlalu singkat iaitu baru hendak masuk 10 tahun dan masih banyak lagi perkara yang perlu dipelajari,” katanya yang baru muncul dengan album baru, Prasasti Seni.

AIM04 juga memperlihatkan penguasaan artis baru lelaki, Reshmonu yang menggondol tiga anugerah utama menerusi album sulungnya, Monumental. Reshmonu menjadi artis pertama yang menerima pencalonan terbanyak iaitu tujuh pencalonan bagi enam kategori.

Monumental menang Rakaman Album Terbaik, Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Lelaki) dan Artis Inggeris Tempatan Baru Terbaik. Bagaimanapun Reshmonu dikecewakan oleh Too Phat yang menang Album Inggeris Tempatan Terbaik menerusi album 360.

Ning Baizura menerima enam pencalonan bagi empat kategori, hanya menang satu anugerah iaitu Lagu Terbaik menerusi ciptaan Nurul dan Ajai, Selagi Ada... Cinta.

“Adat pertandingan ada kalah dan ada yang menang. Saya tidak kecewa dengan kekalahan ini malah membuatkan saya mahu bekerja lebih kuat pada masa akan datang untuk menghasilkan lebih baik. Dalam waktu sama, saya bangga apabila lagu Selagi Ada...Cinta menang anugerah,” katanya.

Secara keseluruhan AIM 04 berlangsung dalam suasana cukup sederhana namun berjaya mengembalikan nostalgia dan kegemilangan irama rock yang menguasai industri muzik sekitar pertengahan 80-an. Kumpulan lagenda rock, Search membuka tirai menerusi lagu hits klasik mereka, Pawana.

Ramai yang berpendapat persembahan Search sepatutnya diletakkan di pertengahan majlis untuk menyeramakkan lagi mood rock yang sudah sedia ada. Begitu juga dengan Spider dan M. Nasir yang membawakan lagu Mentera Semerah Padi dalam versi rock. Rocker wanita, Ella membawakan lagu medley Sembilu, Gemilang dan Simbiosis sebelum memulakan intro lagu tradisional Umbut Mayang.

Persembahahan Afdlin Shauki, Alam, Barongan, Ezlynn dan Naufara Yasin yang dicalonkan bagi kategori Artis baru Terbaik, tidak mempunyai tarikan dan hanya sekadar pelengkap majlis. Sama seperti UNIC yang membawakan lagu rentak 60-an.

Bagaimanapun lontaran vokal Ruth yang bertenaga menerusi medley Maafkan Pemergianmu dan Keliru cukup membuatkan audiens kagum dengan persembahannya.

Begitu juga dengan persembahan lima vokalis wanita tanah air, Siti Nurhaliza, Liza Hanim, Sarah Raisuddin, Ning Baizura dan Misha Omar yang digandingkan untuk lagu My All dalam versi Melayu. Gandingan lima vokalis ini gagal memberi peluang kepada setiap penyanyi ini memperlihat kemampuan vokal mereka kecuali Siti dan Ning.

Rasanya, ramai yang ingin memberi tumpuan terhadap vokal gemersik Liza yang berehat kerana melahirkan anak, berbanding penyanyi lain menerusi lagu itu.

Apapun, sekalung tahniah buat Reshmonu kerana berjaya melakukan persembahan yang cukup bertenaga menerusi lagu Slow Jam yang dialunkan dalam dua versi. Apa lagi bila melihat melakukan jamming bersama barisan pemuzik serta penyanyi undangannya, VE.

Band O’tai Blues Gang yang membawakan lagu Apo Nak Dikato juga berjaya memberikan persembahan yang cukup menyengat. Aksi gitaris mereka, Julian bersama Joe Wings sebagai pemuzik undangan berjaya menarik perhatian ramai sekalipun Ito kelihatan sedikit terbabas ketika cuba masuk lagu pada satu verse tertentu.

Namun, antara keseluruhan persembahan artis pada malam itu, gandingan tiga rock O’tai, Lefhanded, May dan Wings yang mempersembahkan lagu medley popular mereka dengan iringan kombo orkestra pimpinan Ramli MS, mempersonakan dan memang hebat.

Lefhanded mulakan persembahan menerusi Ku Dihalaman Rindu diikuti May (Sketsa Sebuah Cinta) dan Wings (Sejati) sebelum menutup majlis dengan lagu Srikandi Cintaku dipopularkan Bloodshed.

Persembahan paling mantap, menarik serta mengundang nostalgia daripada tiga lagenda sepatutnya jadi persembahan penutup majlis, bukan Spider dan M. Nasir.


Petikan Harian Metro Isnin - 26 April 2004

Posted at Monday, April 26, 2004 by Ridzuan
Comments (1)  




Next Page


Dalam Diri Aku - Ridzuan

Salam Perkenalan dan Selamat Membaca



Lirik Lagu Melayu Pilihan Aku Minggu Ini

Ku Percaya Ada Cinta - Siti Nurhaliza

Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya…pasti

Pandang-pandang alam ini
Sambil pandang difikiri
Mana bumbung langit tinggi
Mana lantai bumi
Tidak satu yang terjadi
Tidak mungkin tersendiri
Cuba cari jawapannya andai meragui

Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala

Pandang-pandang alam ini
Sambil pandang difikiri
Mana bumbung langit tinggi
Mana lantai bumi
Tidak satu yang terjadi
Tidak mungkin tersendiri
Cuba cari jawapannya andai meragui

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Tidak sia-sia aku diuji..

Ada hikmah yang pasti..
Sejak mula ku percaya ada cinta
Cinta itu memungkinkan segalanya
Cinta suci yang abadi


Saiful Apek - Aspalela

Ingat tak lagi janji kita dulu aspalela
Kau dan aku akan bersama sampai ke hari tua
Tapi sayang janji itu dirampas orang ketiga
Oh aspalela jangan buat ku kecewa

Sampai hati kau pergi kepadanya
Makan hatiku bila kau berkata
Patah hati dengan hubungan kita
Hancur hatiku aspalela

Terpisah kerna terpaksa akur desakan keluarga
Ku sedar bukan kehendakmu tapi apakan daya
Adakah lagi harapan untuk kita bersama
Oh aspalela apa syarat pun ku terima

Sampai hati kau pergi kepadanya
Makan hatiku bila kau berkata
Patah hati dengan hubungan kita
Hancur hatiku aspalela

Oh lela lela lela lela
Oh oh oh oh lela lela lela
Oh oh lela lela lela
Oh oh oh oh lela lela lela

Adakah lagi peluang kita bersama
Oh aspalela jangan tinggalkan ku sayang
Sampai hati kau pergi kepadanya
Makan hatiku bila kau berkata
Patah hati dengan hubungan kita
Hancur hatiku aspalela

Lela lela… lela lela lela
Lela lela… lela lela lela
Lela lela… lela lela lela
Lela lela… aspalela

Gembira Hidup Ini - Farah


Uhh….yeahh…,yeahh….
Laa..laa..laa..laa….

Disini kunyatakan semua,
Cerita kehidupanku,
Telah tempuhi hidup yang sukar ku terima,

Tapi ku mampu laluinya,
Merempuh suka dan duka,
Dengan tenang hati ku telan pahit manis kehidupan.

Chorus:
Sekiranya,
Ku tak mampu,
Halangi semua,
Pasti ku hampa.

Sekiranya,
Ku tak bersedia,
Akan ku pulang ke asal ku,
Tapi ku tak rela.

Kerna ku sorang manusia,
Yang tak suka pada duka,
Kerna ku saying gembira,
Gembirakan hidup ini.

Kerna ku tahu inginku,
Apa yang aku inginkan,
Akan ku capai segala,
Segala yang diinginkan
Demi kehidupanku….




Lirik Lagu Retro Melayu Pilihan Aku

Wajah - Aishah

Setenang air di kolam
Begitu wajahmu
Gelora hati di dalam
Tiada yang tahu

Sentiasa terukir
Senyum di bibir
Lindungi perasaan
Di balik gurauan

Namun dari riak mata
Kudapat membaca
Ada garis keresahan
Jiwa antara kita

Dalam gelak dan tawa
Hati terluka
Di dalam keriuhan
Engkau kesepian

( korus )
Seperti engkau jua
Kukenal erti duka
Peritnya keyakinan
Dipersiakan

Seperti kau alami
Kutahu erti sepi
Mengharung kepahitan ini
Ohh sendiri

Setenang-tenang wajahmu
Tidak setenangmu
Tidak berdaya kau lindungi
Kehampaan ini
Dalam senyum tawaku mereka tahu
Diriku kecundang dalam percintaan

( ulang korus )


Lirik Lagu Inggeris Pilihan Aku Minggu Ini

Taking Chances - Celine Dion


You don't know about my past, and
I don't have a future figured out.
And maybe this is going too fast.
And maybe it's not meant to last,

But what do you say to taking chances,
What do you say to jumping off the edge?
Never knowing if there's solid ground below
Or hand to hold, or hell to pay,
What do you say,
What do you say?

I just want to start again,
And maybe you could show me how to try,
And maybe you could take me in,
Somewhere underneath your skin?

What do you say to taking chances,
What do you say to jumping off the edge?
Never knowing if there's solid ground below
Or hand to hold, or hell to pay,
What do you say,
What do you say?

And I had my heart beaten down,
But I always come back for more, yeah.
There's nothing like love to pull you up,
When you're laying down on the floor there.
So talk to me, talk to me,
Like lovers do.
Yeah walk with me, walk with me,
Like lovers do,
Like lovers do.

What do you say to taking chances,
What do you say to jumping off the edge?
Never knowing if there's solid ground below
Or hand to hold, or hell to pay,
What do you say,
What do you say?

Don't know much about your life
And I don't know much about your world


Teenagers - My Chemical Romance lyric

They're gonna clean up your looks
With all the lies in the books
To make a citizen out of you
Because they sleep with a gun
And keep an eye on you, son
So they can watch all the things you do

Because the drugs never work
They're gonna give you a smirk
'Cause they got methods of keeping you clean
They're gonna rip up your heads,
Your aspirations to shreds
Another cog in the murder machine

They say now teenagers scare the living shit out of me
They could care less as long as someone'll bleed
So darken your clothes or strike a violent pose
Maybe they'll leave you alone, but not me

The boys and girls in the clique
The awful names that they stick
You're never gonna fit in much, kid
But if you're troubled and hurt

What you got under your shirt

Will make them pay for the things that they did

They say now teenagers scare the living shit out of me
They could care less as long as someone'll bleed
So darken your clothes or strike a violent pose
Maybe they'll leave you alone, but not me

"some yell" (whaaaa whoya!)

They say now teenagers scare the living shit out of me
They could care less as long as someone'll bleed
So darken your clothes or strike a violent pose
Maybe they'll leave you alone, but not me

All together now!

Teenagers scare the living shit out of me
They could care less as long as someone'll bleed
So darken your clothes or strike a violent pose
Maybe they'll leave you alone, but not me
[x2]


Lirik Lagu Retro Inggeris Pilihan Aku


I Wanna Dance With Somebody - Whitney Houston Lyrics

clock strikes upon the hour.
And the sun begins to fade.
Still enough time to figure out,
How to chase my blues away.

I've done alright up till now.
It's the light of day that shows me how.
And when the night falls...
The loneliness calls.

Oh I wanna dance with somebody,
I wanna feel the heat with somebody.
Yeah I wanna dance with somebody,
With somebody who loves me.
Oh I wanna dance with somebody,
I wanna feel the heat with somebody.
Yeah I wanna dance with somebody,
With somebody who loves me.

I've been in love,
And lost my senses,
Spinning through the town.
Sooner or later the fever ends,
And I wind up feeling down.

I need a man who'll take a chance,
On a love that burns hot enough to last.
So when the night falls,
my lonely heart calls.

Oh I wanna dance with somebody,
I wanna feel the heat with somebody.
Yeah I wanna dance with somebody,
With somebody who loves me.
Oh I wanna dance with somebody,
I wanna feel the heat.
Yeah I wanna dance with somebody,
With somebody who loves me.
(Somebody who somebody who)somebody who loves
me,
(Somebody who somebody who)to hold me in his arms.
I need a man who'll take a chance,
on a love that burns hot enough to last.
So when the night falls, my lonely heart calls.

Oh I wanna dance with somebody,
I wanna feel the heat with somebody.
Yeah I wanna dance with somebody,
With somebody who loves me.
Oh I wanna dance with somebody,
I wanna feel the heat with somebody
Yeah baby I wanna dance with somebody,
With somebody who loves me.
Yeah,
Don’t you wanna dance with me baby?
Don’t you wanna dance with me boy?
Don’t you wanna dance with me baby?
With somebody who loves me,

don't you wanna dance
say you wanna dance
don't you wanna dance... x2

don't you wanna dance
say you wanna dance
uh-huh
with somebody who loves me

Mini Poll Tuan Rumah



Message Forum Tuan Rumah

Free Message Forum from Bravenet.com Free Message Forums from Bravenet.com



Buku Tetamu Tuan Rumah

Sign my Guestbook from Bravenet.com Get your Free Guestbook from Bravenet.com



   





<< May 2004 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31


Tinggal Mesej Utk Tuan Rumah

Sila pastikan anda letak nama di ruangan Name





Pembaca Blog Yang Sedang Online

online



Kaunter Blog Tuan Rumah

myspace


Blog Rakan Rakan


  • Sabak
  • Leez
  • Nizam Zakaria
  • Anepsx20
  • Aldyst
  • Dzool
  • Malique
  • Ahada
  • Amyerik
  • Lordard
  • Melawan Arus
  • Basrie
  • Eisya
  • Idzlin
  • Inachute
  • Jiwang Guy
  • Corebeast
  • Lixasafa
  • Ultramaman
  • Mopikos
  • Netondaline
  • Silvernitwit
  • Nilzd4
  • Pinkygurl
  • Power Of 3
  • Siti Ruzaidah
  • Attoookkkk
  • Sri Wangsa
  • Stador
  • The Singles
  • Wan Moron
  • Jurnal Hidup
  • Atoyis
  • Latiff
  • Semuterbersin
  • Mysa
  • Noorsuraya
  • Kure Kure Sakti
  • Melati
  • Zulkif24
  • Dr FatimahNur
  • Hikaru
  • The Rion
  • My Everything
  • Hidup Ini
  • Batpupu
  • Imansantoso
  • Reedzuan
  • Donababygurl
  • realiti
  • Rouslee
  • Asam Garam
  • RiaQistina
  • Zal
  • Atie
  • Remy Ciki
  • Dew





    Laman Web Pilihan

  • Blogdrive
  • Yahoo
  • Hotmail
  • Era Fm
  • E Kawan
  • Mix Fm
  • Hitz Fm
  • Red 1049
  • American Top 40
  • UK Top 40
  • Bonus Link
  • Utusan Online
  • Harian Metro Online
  • Berita Harian
  • Tanjung Golden Village
  • Golden Screen Cinema
  • Absolute Lyric
  • Celcom Net
  • Maxis Net
  • Digi Com
  • Face Party
  • Face Pic
  • Facelink
  • Tembang
  • Lirik Lagu Melayu
  • Tv3
  • Cari Forum
  • Pergh Com
  • MyElectone
  • Catcha
  • Ntv 7
  • Mtv Asia
  • Astro
  • Cari Kawan
  • Peta Pahang
  • Filem Kita
  • Telatah
  • Lyric
  • RadioMuzik
  • Indosiar
  • 99 FM
  • ILoveBlue
  • TokeiKedai
  • DJ FM


  • Vote Caster Tuan Rumah


    Free Vote Caster from Bravenet.com Free Vote Caster from Bravenet.com


    Beritahu rakan tentang blog ini


    Free Tell A Friend from Bravenet.com Free Tell A Friend from Bravenet.com


    Kiriman E Cards


    Free Greeting Cards from Bravenet.com Free Greeting Cards from Bravenet.com
    Retrieving an E-Card?
    Enter Card Pick-up ID below:




    Kalender Masihi







    Profile Tuan Rumah

  • Nama : Ridzuan

  • Nama panggilan : Wan

  • Tempat tinggal : Chukai , Kemaman - Terengganu

  • Makanan kegemaran : Nasi Goreng Paprik

  • Minuman kegemaran : teh tarik

  • Warna kegemaran : Biru , Hitam

  • Rancangan tv pilihan : Charmed , Crayon Sin chan

  • Rancangan radio pilihan : Pilhan Bersama , UK Top 40 , Carta Baik Banget , Carta Era , Hitz Top 20 , American Top 40 , Carta 21 , The Mixed Top 20

  • Tarikh Lahir : 14 November

  • Umur : 30thn

  • Kenderaan : Kete kecik aje

  • Status : Bujang

  • Hobi : Kumpul lagu dan kumpul VCD

  • Adik beradik : Anak sulung dari 4 adik beradik

  • Asal : Aku orang minang ler

  • Tempat lahir : Seremban Negeri Sembilan

  • Penyanyi pilihan dlm negara : banyak antaranya la Misha , CT , Adibah etc

  • Pelakon pilihan dlm negara : banyak antaranya Azean , Ogy , Erra etc

  • Penyanyi pilihan luar negara : banyak antaranya Christina A , Britney etc

  • Pelakon pilihan luar negara : banyak antaranya Halle Barry , Glenn Close

  • Sukan kegemaran : aku ni kurang sikit bersukan nih

  • Pemakaian : simple aje , ikut keadaan

  • Warna kulit : tak hitam tak putih , sederhana

  • Filem Pilihan : terlalu banyak , tak leh nak spesifik

  • Aktiviti hujung minggu : Lepak kat umah , malam tengok race haram heh2

  • Status : erm setakat ni aku ada la berkawan dgn sorang dua heh heh

  • Rakan karib : ada la sorang dua yg rapat dgn aku , korang tau sapa korang

  • Kelebihan diri : dengar suara dlm tepon ? cair heh heh

  • Kekurangan diri : tak banyak bercakap sangat , ikut keadaan

  • Pendidikan : tak sampai IPT pun

  • Idola : Perdana Menteri Malaysia

  • Tokoh Akademi Pilihan : Datuk Dr Mashitah Ibrahim

  • Aktiviti waktu malam : Tido laa apa lagi

  • Kekasih idaman : Yg pakai tudung , style Wardina ke , Waheeda ke heh heh

  • Cita2 : berjaya dlm hidup

  • Prinsip : there no point of living if you cant feel alive

  • Lagu Pilihan Dlm Negara : terlalu banyak ler , ikut perkembangan semasa

  • Lagu Pilihan Luar Negara : sama mcm lagu pilihan dlm negara

  • Negara yg ingin di lawati : New Zealand

  • Negeri yang ingin di lawati : Sabah , Sarawak

  • Medium perhubungan : bole email atau call aku laaa

  • Tarikh yg di ingati : birthday sendiri , family dan kawan2 baik

  • Kenderaan idaman : dapat Satria GTI atau Yamaha Rxz sebiji cukup ler

  • Pengalaman manis dlm hidup : banyak sangat ler

  • Pengalaman pahit hidup : pun banyak jugak

  • Tabiat buruk : suka menyakat orang heh heh

  • Tempat lepak : ermm jarang melepak ni , ikut keadaan dan mood

  • Kerja : ala keje kuli je , yg pasti gaji halal

  • Alamat Email : azli_nov14@hotmail.com



    Powered by ClockBot.com



    Stesen Radio


    Apakah Stesen Radio No 1 Pilihan Korang
    Hot FM
    Era
    Terengganu FM
    THR
    Mix fM
    Hitz FM
    X Fresh
    Radio Muzik
    Selain dari yang tersenarai di atas
    Tak suka dengar radio
      
    Free polls from Pollhost.com







  • Contact Me

    If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




    rss feed