Ku Percaya Ada Cinta


Monday, June 07, 2004
Lagu Retro Pilihan Aku

Cinta Embunan Pagi - Azian Mazuan Sapuan

Berseri indahnya bagai pelangi
Berkembang mekarlah bunga-bunga di hati
Namun ku tiada juga begini
Hujan turun melanda dan bunga gugur ke bumi

Cintamu sesegar embunan pagi
Semakin resah menanti terbit mentari
Hangatnya yang membakar, mengeringkan
segala keindahan yang penuh kepalsuan

( 1 )
Engkau yang aku sayangi
Siakan hidupku ini
Lautan madu ku beri
Engkau racuni

Ku sedari hina diri ini
Kosong tiada bererti
Biarlah diriku pergi
Ku ubati lukaku sendiri

Ku cuba gagahi bahu sendiri
Biarpun sayapku telah tiada lagi
Namun ku tak berdaya menghadapi
Di dalam kegelapan bimbang tersungkur lagi

( ulang 1 )

Oh Tuhan kau teguhkanlah keimanan
Untukku tempuhi suratan kehidupan
Walaupun di hati rasa terkilan
Tapi apakan daya semua takdir Tuhan

Posted at Monday, June 07, 2004 by Ridzuan
Sila tinggal komen Korang  




Sunday, June 06, 2004
Petikan Berita Harian Online 6 June

Bumi tidak selamat lagi dihuni?

01 June 2004


BILAKAH kali terakhir anda menonton sebuah filem mengenai bencana alam yang dibuat dengan begitu baik sehingga anda percaya ia benar-benar berlaku di luar panggung wayang ketika anda sedang menonton di dalamnya? Sudah agak lama bukan? Maklum saja, pawagam kini banyak dipenuhi dengan filem seram dan cerita hantu.

Mungkin Twister (arahan Jant de Bont) yang menemui penonton pada tahun 1996 dan Armageddon (Michael Bay) yang ditayangkan dua tahun selepas itu menjadi antara filem yang benar-benar meninggalkan kesan mendalam terhadap penonton. Penghasilan imej komputer, kesan dan visual khas serta skrip yang baik membuatkan kita percaya bencana itu boleh berlaku ke atas bumi yang kita diami ini.

Kini, sebuah lagi filem dalam genre yang sama, The Day After Tomorrow arahan pengarah super, Roland Emmerich sekali lagi membuat penonton berasakan bumi bukan lagi tempat yang selamat untuk dihuni. Jika sebelum ini pengarah itu menggegarkan pawagam dengan Independence Day (1996), kini Emmerich menunjukkan taring menerusi filem bencana mengenai cuaca pula.

Filem ini yang dibuat dengan belanja besar, terutama untuk kesan khas, melihat kesan teknologi dan peningkatan suhu dunia ke atas planet bumi. Ia boleh mengakibatkan bencana di seluruh dunia, termasuk taufan, ribut, gempa bumi, ombak besar serta tsunami, banjir dan permulaan kepada sebuah lagi zaman ais.


Fokus cerita ini ialah pada watak Profesor Adrian Hall, seorang saintis yang mengkaji perubahan corak cuaca pada masa lalu (atau dikenali dengan nama paleoclimatologist). Dia cuba menyelamatkan dunia daripada kesan peningkatan suhu dunia. Pada masa yang sama dia turut berusaha menyelamatkan anaknya, Sam, yang terperangkap dalam sebuah perpustakaan di tengah-tengah kota raya New York, yang kian membeku dilanda ais.

Menariknya filem ini ialah apabila penonton terdiam menyaksikan hujan air batu di sebuah daerah di Tokyo yang membawa maut, taufan dan puting beliung yang memusnahkan bandar paling elok cuacanya di dunia, Los Angeles, ribut salji di New Delhi dan akhirnya kedatangan semula zaman ais di New York.

Semua dibuat dengan begitu teliti. Tidak banyak peluang untuk penonton mencari kesilapan Emmerich dalam penghasilan kesan khas filem ini. Mungkin hanya penghasilan imej komputer untuk serigala saja yang tidak nampak real sepenuhnya. Namun ia ditutup dengan baik oleh kehebatan kesan khas lain seperti ketika banjir memusnahkan kota New York, rekahan salji sebesar Rhode Island di kutub Utara dan sebagainya.

Sebenarnya filem ini sepatutnya ditayangkan pada musim panas tahun lalu, namun The Day After Tomorrow hanya memasuki panggung penghujung Mei ini selepas pihak penerbit mengambil keputusan menambah kesan khas yang sedia ada pada filem itu. Keputusan itu tidak sia-sia apabila ia muncul sebuah filem yang tidak mungkin dilupakan untuk jangka masa yang panjang.


Penonton tidak akan melupakan filem ini bukan setakat kerana kehebatan special effectnya, sebaliknya ceritanya juga membawa sedikit kelainan. Setakat ini, tidak banyak, malah mungkin tiada langsung filem yang mencerminkan ketidakupayaan kuasa besar Amerika Syarikat dalam menangani sesuatu isu atau bencana. Malah, selalunya ia digambarkan sebagai sebuah kuasa atau hero kepada dunia.

Kali ini, Amerika akhirnya terpaksa meminta bantuan negara dunia ketiga seperti Mexico untuk menolong rakyatnya yang perlu dipindahkan untuk mengelakkan daripada mati beku di negara sendiri. Jika sebelum ini pelarian adalah dari Mexico yang ditunjukkan menyeberangi sempadan, kali ini senarionya berbeza sekali.

Nampaknya, Hollywood juga mula menerima hakikat, sehebat mana sekalipun teknologi yang ada pada manusia, kuasa Tuhan jauh lebih besar dan mengatasi segala-galanya.

Pada penghujung cerita, penonton juga akan menyaksikan bagaimana presiden negara itu yang memberikan ucapan menerusi kaca televisyen dari pusat pemerintahan di luar negara, mengakui kesilapan sendiri. Mungkinkah kita akan melihat permohonan maaf sebegitu daripada pemimpin negara yang mengaku sebagai polis dunia dalam kehidupan sebenar? Mustahil.

Apa-apa pun, keputusan Dennis Quaid membintangi filem ini ternyata satu tindakan yang tepat. Ia boleh menyelamatkan nama dan kerjayanya selepas beberapa ketika tidak muncul dengan filem yang berjaya. Filemnya sebelum ini, Cold Creek Manor (bersama Sharon Stone) dan The Alamo (Billy Bob Thornton, Jason Patric) gagal menyerlah di box office. The Day After Tomorrow pula sudah pasti mengikut jejak filem Emmerich yang lalu, dengan mencatat keuntungan besar di pawagam, yang seterusnya menaikkan nama pelakonnya.

Quaid turut memberikan lakonan yang baik, di samping pelakon berbakat lain seperti Gyllenhaal yang mendukung watak anak lelakinya. Kemunculan aktor Ian Holm yang terkenal dengan watak Bilbo Baggins dalam trilogi The Lord of the Rings turut menjadikan filem ini menarik untuk ditonton. Lakonan Emmy Rossum sebagai buah hati Sam juga patut diberi perhatian.

Posted at Sunday, June 06, 2004 by Ridzuan
Sila tinggal komen Korang  

Petikan Utusan Online 6 Jun

Hiburan

Siti Nurhaliza dilamar Christine Hakim

Oleh SAHARUDIN MUSTHAFA (saharudin@utusan.com.my)


Siti Nurhaliza.


LAGI-lagi Siti Nurhaliza! Apa lagi cerita Siti yang akan Pancaindera siarkan? Itulah persoalan mereka yang cemburukan kejayaan si manis berusia 25 tahun itu.

Semua orang bersetuju Siti merupakan antara sumber berita yang utama buat seluruh wartawan hiburan tanah air.

Bahkan, bukan sedikit juga rakan-rakan artis yang kagum dan gembira dengan perkembangan Siti. Lalu, apakah ia menjadi masalah kepada mereka yang sudah jelik untuk membaca artikel mengenai penghibur yang menempa kemasyhuran dalam usia yang muda?

Tugas kami menyediakan laporan berita terkini yang mempunyai nilai berita yang tinggi mengenai artis itu.

Kebetulan minggu ini, ada satu lagi peristiwa yang cukup besar bakal tercatat dalam diari kerjaya seninya andai kata Siti memberi persetujuan.

Peristiwa itu juga bakal memberikan impak yang besar kepada industri hiburan tempatan.

Peristiwa yang kami maksudkan ialah mengenai kejutan yang Siti terima ketika kunjungannya ke Jakarta, Indonesia, minggu lalu.

Siti dilamar sebagai bintang utama filem Tiga Dara oleh tokoh filem Indonesia, Christine Hakim. Masih ingatkah Christine Hakim yang menjadi srikandi Acheh dalam Tjut Nyak Dhien atau kekasih Slamet Raharjo dalam filem Di Balik Kelambu?

Tanpa menunggu lama, soalan sama ada benar atau tidak diajukan kepada Siti dan dia terkejut kerana tidak menyangka pertemuan tertutup itu dapat dihidu oleh wartawan.

Tidak banyak yang dijelaskan Siti mengenai persoalan itu.

``Siti gembira kerana dapat bersua dan berbual mesra dengan Christine Hakim kerana itulah kali pertama Siti dapat berbuat demikian. Selama ini Siti sekadar memandang beliau dari jauh sahaja.

``Ia sekadar pertemuan biasa sahaja di mana beliau ingin mengenali Siti dari dekat. Itu sahaja,'' jelas Siti mengenai pertemuan yang turut disertai abangnya, Saiful Bahri (Ayie) dan kakak iparnya, Rozi di hotel penginapannya di Jakarta.

Pertemuan biasa tanpa lamaran barangkali suatu idea yang tidak praktikal untuk artis yang sibuk seperti Siti dan penggiat filem tersohor dan disegani seperti Christine.

Mengulas pertanyaan itu, Siti yang sekadar tersenyum simpul tidak menafikan, Christine ada menyuarakan hasrat dan melamarnya untuk membintangi filem yang bakal diterbitkan, Tiga Dara.

Hajat Christine untuk menggandingkan dia dengan tiga artis wanita popular dari seberang, Kris Dayanti, Dian Sastrowadoyo dan Titiek Puspa kata Siti, begitu dihormati.

``Pada pertemuan itu, Siti tidak memberi sebarang kata putus berhubung tawaran berlakon.

``Siti gembira kerana Christine begitu memahami pendirian Siti. Bahkan, beliau juga sedia maklum jadual kerjaya seni Siti amat ketat sehingga hujung tahun ini. Segala-galanya terpulang pada masa dan keadaan,'' kata Siti lagi.

Andai kata dalam tempoh terdekat ini terbuka pintu hati Siti untuk berlakon selain mendapat sokongan padu daripada keluarga, apakah Siti menerima tawaran itu?

``Siapa tahu kalau sudah tertulis jodoh Siti untuk berlakon dengan kerjasama Christine? Siti tidak boleh menolak ketentuan itu,'' kata Siti tenang tanpa sebarang keraguan.

Bagi Siti, lamaran Christine untuk menggandingkan dengan Kris, Dian dan Titiek suatu idea yang baik untuk perkembangan kerjaya seninya.

``Namun yang menjadi persoalannya sekarang ialah buat masa ini Siti belum terbuka hati untuk berlakon,'' jelas Siti mempertahankan pendiriannya.

Bergelar saudagar teh

Tinggalkan seketika tawaran berlakon kerana secara peribadi Siti enggan peminat tersalah tafsir jawapannya itu kerana sebelum ini dia pernah menegaskan untuk melupakan seketika tawaran ke layar perak yang pernah diterima kerana mahu memberi perhatian yang serius kepada bidang nyanyian.

Sebaliknya, satu cerita menarik yang ingin dikongsi bersama pembaca Pancaindera dan peminat-peminatnya ialah berita mengenai perluasan skop perniagaan syarikat Siti Nurhaliza Marketing.

Cabang perniagaan baru yang diterokainya ialah menghasilkan produk serbuk teh yang menggunakan jenama Ctea.

Dijolok dengan usikan Siti sebagai saudagar teh, dia sekadar ketawa besar.

``Sudah lama Siti terfikir ingin mempunyai jenama minuman sendiri dan syukur kerana keinginan itu tercapai juga akhirnya,'' kata Siti.

Ctea diproses di Negeri Di Bawah Bayu, Sabah dan daun teh diperoleh dari ladang teh yang terletak di kaki Gunung Kinabalu.

Leka memberi penjelasan mengenai serbuk teh itu, nada suara Siti tiba-tiba berubah seperti seorang ahli perniagaan jualan langsung.

``Keistimewaan teh ini ialah ia tidak menggunakan bahan kimia sebaliknya, bahan-bahan organik dan dihasilkan dalam perisa pandan dan geranium.

``Dalam tempoh terdekat pula, kami akan menghasilkan perisa tongkat ali dan halia untuk memberi pilihan yang pelbagai kepada pembeli,'' terang Siti mengenai produk Ctea yang sudah memasuki pasaran.

Berdebar kerana konsert bergerak

Pada saat ini, kesempatan untuk media bertemu Siti barangkali sesuatu yang amat sulit untuk ditunaikan oleh artis tersebut.

Ini kerana Siti memerlukan masa dan ruang untuk diberi perhatian pada sesi latihan bersempena dengan siri konsert bergerak yang akan bermula Ahad depan.

``Siti kini dikuarantin oleh pihak pengurusan,'' kata Siti mengusik.

Siri konsert bergerak yang akan berlangsung di 13 tempat yang sudah dikenal pasti kata Siti sesuatu yang manis untuk dikenang di hari tuanya.

Selama hampir sedekad bergelar penyanyi, Siti pernah menyimpan hasrat untuk mengulangi kejayaan mengadakan persembahan secara percuma di sebuah lokasi yang besar untuk peminat-peminatnya seperti mana yang pernah dilakukan Allahyarham Sudirman ketika hayatnya.

``Syukur rezeki Siti lebih murah kali ini apabila penaja bersetuju untuk menampung kos penerbitan di 13 lokasi dan kesempatan ini sesuatu yang di luar dugaan Siti,'' luah Siti dalam nada cukup terharu.

Biarpun masih ada enam bulan untuk kita menjengah tahun 2005, namun Siti sudah pun disahkan akan ke negara matahari terbit, Jepun pada 11 Januari depan.

Kunjungannya ke negara itu bersempena dengan tarikh kelahirannya adalah kerana diundang untuk menjayakan persembahan oleh penganjur di sana.

``Syukur kerana Tuhan terus memurahkan rezeki Siti. Harapan Siti juga semoga keluarga dan rakan-rakan terus mendoakan yang terbaik untuk kerjaya seni Siti.

``Siti harus jelaskan di sini juga bahawa Siti cukup gembira dengan kehidupan yang sedang Siti lalui biarpun sering sibuk dengan jadual seni yang padat,'' kata Siti.

Posted at Sunday, June 06, 2004 by Ridzuan
Sila tinggal komen Korang  




Friday, June 04, 2004
Lirik Lagu Baru Pilihan Aku

Everything - Alanis Morisette

 Alanis Morissette


I can be a nightmare of the grandest kind
I can withhold like it’s going out of style
I have the bravest heart that you’ve ever seen
And you’ve never met anyone who's as positive as I am sometimes

You see everything, you see every part
You see all my light and you love my dark
You dig everything of which I'm ashamed
There's not anything to which you can’t relate
And you’re still here

I blame everyone else, not my own partaking
My passive-aggressiveness can be devastating
I'm the most gorgeous woman that you’ve ever known
And you’ve never met anyone who's as everything as I am sometimes

You see everything, you see every part
You see all my light and you love my dark
You dig everything of which I'm ashamed
There's not anything to which you can’t relate
And you’re still here

What I resist, persists, and speaks louder than I know
What I resist, you love, no matter how low or high I go

You see everything, you see every part
You see all my light and you love my dark
You dig everything of which I'm ashamed
There's not anything to which you can’t relate
And you’re still here

And you’re still here
And you're still here...

Posted at Friday, June 04, 2004 by Ridzuan
Sila tinggal komen Korang  




Thursday, June 03, 2004
Lirik Lagu Baru Pilihan Aku

Keindahan Pantai ( Zai Zai Zai ) - Kumpulan Kristal

Kristal

Hey!
Hey!
Wo Hop! Wo hop!
Wo Hop! Wo hop!

Mari kawan-kawanku semuanya ke pantai
Untuk menghiburkan hati yang sedang duka lara
Di pantai yang menarik dari pandangan mata
Menjadi tumpuan muda-mudi di senjahari
Oh hari...

( 1 )
Unggas berterbangan di sekeliling pantai
Bertambah menarik dari pandangan mata
Bayu yang berhembus menyegarkan di jiwa
Membuatkan hati duka menjadi riang
Zai zai zai zai
Zai zai zai zai
Zai zai zai zai
Zai zai zai zai

Oleh itu janganlah selalu kau bersedih
Hiburkanlah hatimu di masa kau di sana
Nikmatlah keindahan yang dijadikan Tuhan
Agar hidupmu sentiasa gembira dan ketawa
Ketawa...

( ulang 1 )( 2X )

Wo Hop! Wo hop!
Wo Hop! Wo hop!
Wo Hop! Wo hop!
Wo Hop! Wo hop!

Nyanyian asal M Shariff , lagu ini dah pun masuk Baru di Era .

Posted at Thursday, June 03, 2004 by Ridzuan
Comments (54)  

Lagu Retro Pilihan Aku

Let Me Change Your Mind Tonight - Johnny Hates Jazz




Baby, should've known that it was late
Were you sleeping?
Were you lying there awake?

Must have been crazy
Should've never gone this far
Like a fool I did not know
That I was breaking us apart
Now I see how I was wrong
I see it so clearly

Now that you've gone
How'm I gonna face it?
How'm I gonna learn?
How'm I gonna make it
Now I'm feeling you burn?
How'm I gonna get you in my life again?

Let me change your mind tonight
'Cause I know I'm wrong
Let me change your mind
Sorry I'll say it now a million times

Am I too late?
Is that you I hear crying?
Now I know just what I've done
Without you near me where can I run

How'm I gonna change it?
How's it gonna go?
How'm I gonna make it
When I need your body, heart and soul?
How'm I gonna get you in my life again?

Let me change your mind tonight
Let me steal back that heart you hide
Let me change your mind tonight
'Cause I know I'm wrong

Let me change your mind
How'm I gonna face it?
How'm I gonna know
Just how much I love you
Just how far the feeling goes?
How'm I gonna get you in my life again?

Don't make me wait
Don't make me wait, baby
Let me change your mind tonight
Let me steal back that heart you hide
Let me change your mind tonight
'Cause I know I'm wrong
Let me change your mind

Posted at Thursday, June 03, 2004 by Ridzuan
Sila tinggal komen Korang  

Lirik Lagu Pilihan Aku

Naughty Girl - Beyonce

Beyonce Knowles

I'm feelin sexy
I wanna hear you say my name boy
If you can reach me
You can feel my burning flame

I'm feelin kind of n-a-s-t-y
I might just take you home with me
Baby the minute i feel your energy
Your vibe's just taken over me
Start feelin so crazy babe
I feel the funk coming over me
I don't know what's gotten into me
The rhythm's got me feelin so crazy babe

Tonight i'll be your naughty girl
I'm callin all my girls
We're gonna turn this party out
I know you want my body
Tonight i'll be your naughty girl
I'm callin all my girls
I see you look me up and down
And i came to party

You're so sexy, tonight i am all yours boy
The way your body moves across the floor
You got me feelin n-a-s-t-y
I might just take you home with me

Baby the minute i feel your energy
The vibe's just taken over me
Start feelin so crazy babe
I feel the funk coming over me
I don't know what's gotten into me
The rhythm's got me feelin so crazy babe

Tonight i'll be your naughty girl
I'm callin all my girls
We're gonna turn this party out
I know you want my body
Tonight i'll be your naughty girl
I'm callin all my girls
I see you look me up and down
And i came to party

I love to love you baby
I love to love you baby
I love to love you baby

Tonight i'll be your naughty girl
I'm callin all my girls
We're gonna turn this party out
I know you want my body
Tonight i'll be your naughty girl
I'm callin all my girls
I see you look me up and down
And i came to party

[Repeat to end]

Posted at Thursday, June 03, 2004 by Ridzuan
Sila tinggal komen Korang  




Wednesday, June 02, 2004
Petikan Soseh2 Harian Metro Onlinne 2 Jun

Soseh-Soseh

Lagu Rindu ubah suai Penantian?


BUKAN sekali dua SS dengar komen peminat mengenai persamaan lagu Siti Nurhaliza, Lagu Rindu dengan lagu Bienda, Penantian. Pihak media juga beberapa kali mencuit perkara ini tetapi setakat ini SS rasa baik pihak Siti atau syarikat rakaman tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenainya.

SS tidak pasti apakah persamaan itu disedari pihak Siti Nurhaliza Productions (SNP) yang bekerjasama dengan Suria Records (SRC) menghasilkan album Prasasti Seni atau tidak tapi SS difahamkan ketika Siti merakamkan lagu ciptaan Yasin itu, lagu Penantian sedang meletup.

Bukan apa, ada pihak yang mengatakan kalau Siti buat silap, media tidak pula heboh tetapi kalau orang lain kecoh satu Malaya. SS tak mahu komen apa-apa kerana prinsip SS ialah cuit mana yang nampak tidak betul. Siti atau orang lain tidak timbul tetapi siapa yang makan cili dia yang terasa pedasnya.

Dalam pada itu, SS cuba korek perkara ini dengan orang SRC dan SS difahamkan, mereka memberi sepenuh kepercayaan dan kebebasan kepada SNP membuat pemilihan lagu dan juga konsep album.

SITI...suka Lagu Rindu ciptaan Yasin dalam album Prasasti. Seni.


Katanya, pihaknya mengambil sikap pekakkan telinga mendengar komen itu kerana semuanya terpulang kepada pendengaran masing-masing.

“Kalau ada yang kata lagu itu ada persamaan, itu hak mereka dan kami tidak mampu menahannya. Ketika rakaman lagu itu, memang tidak perasan ada persamaan dengan lagu Bienda. Apapun, lagu itu adalah pilihan SNP dan kami hormati pilihan mereka.

“Bagaimanapun, lagu Seindah Biasa ciptaan komposer Indonesia adalah dari SRC selepas mendapat bantuan EMI Indonesia. Hendak dijadikan cerita, lagu itu tersimpan di tangan mereka lebih dua tahun. Jika kami lewat beberapa minit, lagu itu mungkin diserahkan kepada Kris Dayanti,” katanya.

Bagi SS, komposer perlu ada prinsip apabila menghasilkan lagu supaya tidak kedengaran sama. Mentang-mentang lagu Penantian tengah top dan apabila Siti minta lagu, terus ubah suai sikit. Tapi SS kagum dengan komposer yang buat lagu khusus untuk seseorang penyanyi bak kata orang tailor made

Bintang AF bakal meletup dengan album Evolusi

SETIAP kali ada artis Zezz Entertainment datang buat fotografi di pejabat SS, pasti mereka diiringi orang kuat syarikat rakamannya. Siapa lagi kalau bukan Pengarah Urusannya, Mohd Firhad Amat dan juga Pengurus Promosinya, Mukhlis Mustafa.

Sebelum ini SS pernah lihat kedatangan Arnieza turut diiringi mereka berdua dan siap bawa komposer Adnan Abu Hassan. Baru-baru ini mereka membawa bintang Akademi Fantasia (AF), Azizi yang akan muncul dengan album baru, Kau Duniaku. Azizi juga diiringi abangnya yang juga pengurusnya, Azmir Hamzah.

Dalam pada itu, Firhad sempat promosi projek barunya iaitu dua album membabitkan bintang-bintang AF, Evolusi 1 dan 2. Evolusi 1 dijayakan gadis AF iaitu Rosma, Nija, Nana, Liza dan Atie yang memuatkan 8 lagu dan dua minus one. Nija, Rosma dan Nana masing-masing menyanyi dua lagu solo, satu lagu dari Liza dan satu lagi gabungan Liza, Nana dan Atie menerusi lagu Lolly Pop ciptaan Hadi Hassan.

Evolusi 2 menampilkan tiga putera AF, Sahri, Burn dan Adi yang akan berentap melalui tiga lagu solo dan tiga minus one.

Firhad juga siap perdengarkan lagu-lagu yang dijangka disukai ramai antaranya dendangan Rosma, Tanpa Dirimu ciptaan Sharon Paul, Nija dengan Asmara Rindu Setia (Adnan) dan Sahri. Dalam pada itu, SS difahamkan ada satu lagu Nija ala-ala lagu Evanescence.

Hai, sebelum ini rakan SS ada mengulas album penyanyi baru, Dia dan mengatakan lagu Andai ada iras dengan lagu Christina Aguilera, Impossible.

Apapun, SS kagum dengan semangat syarikat kecil seperti Zezz Entertainment ini yang gigih memeriahkan industri seni tanah air walaupun ramai mengeluh dan mengatakan pasaran album begitu lembab.

Dalam tempoh lima bulan beroperasi, mereka sudah memasarkan album Arnieza, Khai, AF9 dan tidak lama lagi Azizi serta Evolusi 1 dan 2.

Posted at Wednesday, June 02, 2004 by Ridzuan
Sila tinggal komen Korang  

Lirik Lagu Pilihan Aku

World Filled With Love - Craig David

Listen and Buy This Album


Saw some pictures in the paper,
of a girl I'd met the day before.
I couldn't believe that hours later,
I had reporters knockin at my door,
But I used to dream about,
the life I'm living now and,
I didn't think I'd miss those things from the past,
and I'm not afraid of leaving,
or letting go of what I had,
cause I realize that now there's no turning back.

Cause I'm caught living in a world filled with love,
so when tear drops fall from me like rain from above,
I can brush my troubles away,
know that deep down inside,
I got sun shining in my life.

I used to think I could get better,
my girlfriends always used to get me wrong.
Some just sent messages, love letters,
but those kinda feelings never lasted long.
Cause now the only love I find's within a castle made of sand,
and when the tide goes out it's swept away.
Though I got my peace of mind,
and time is firmly on my side,
and through the battles I can safely say...

Cause I'm caught living in a world filled with love,
so when tear drops fall from me like rain from above,
I can brush my troubles away,
know that deep down inside,
I got sun shining in my life.

Cause I mean I'm caught living in a world filled with love,
so when tear drops fall from me like rain from above,
I can brush my troubles away,
know that deep down inside,
I got sun shining in my life.
I'm caught living in a world filled with love,
so when tear drops fall from me like rain from above,
I can brush my troubles away,
know that deep down inside,
I got sun shining in my life.

TERSENARAI DALAM MIX FM MOST FREQUENTLY AIR PLAYED
 

Posted at Wednesday, June 02, 2004 by Ridzuan
Sila tinggal komen Korang  

Petikan Utusan Online 2 June 2004

Sofaz tidak tumpang populariti Siti Nurhaliza

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

KUMPULAN Sofaz awal-awal lagi menjelaskan bahawa mereka memilih Siti Nurhaliza sebagai penulis lirik untuk lagu Kepala Batu bukan mahu menumpang populariti penyanyi tersebut.

Sebaliknya, Sofaz yang dianggotai oleh Wan Shahbaharin Niktah (Shah-gitar utama), Wan Shah Baharom Niktah (One - drum), Ahmad Fairouz Mohamad (Fairous - gitar), Amir Mahiyiddin (penyanyi utama) dan Zarimi Zahari (Zimi - gitar kedua/penyanyi kedua) melihat penyanyi tersebut sebagai penulis lirik yang berpotensi.

Sofaz sepakat meminta Siti menulis lirik untuk lagu ciptaan Zuriani kerana tertarik dengan penulisannya sebelum ini.

Menurut Amir, lirik yang ditulis oleh Siti memang menarik dan sesuai untuk pendengaran remaja. Lagipun Siti pernah bekerjasama dengan Zuriani menerusi albumnya.

``Dalam hal ini kami melihat Siti sebagai penulis lirik. Kami gembira kerana dia tidak menolak dan sanggup menulis lirik bagi kami yang baru dalam bidang ini,'' jelas Amir.

Sofaz yang ditubuhkan hasil daripada uji bakat yang dibuat oleh syarikat rakaman SRC tampil dengan album berjudul Cintai Aku.

Album Cintai Aku penuh dengan lagu-lagu berkonsep free pop. Maka peminat janganlah terkejut jika mendengar lagu-lagu dendangan Sofaz mirip kepada corak persembahan kumpulan Dewa.

Kumpulan yang ditubuhkan dua tahun lalu sengaja disimpan lama oleh SRC sebelum tampil dengan album sulung bagi memastikan Sofaz benar-benar berkemampuan dari segi persembahan dan vokal.

Posted at Wednesday, June 02, 2004 by Ridzuan
Comments (15)  




Next Page


Dalam Diri Aku - Ridzuan

Salam Perkenalan dan Selamat Membaca



Lirik Lagu Melayu Pilihan Aku Minggu Ini

Ku Percaya Ada Cinta - Siti Nurhaliza

Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya…pasti

Pandang-pandang alam ini
Sambil pandang difikiri
Mana bumbung langit tinggi
Mana lantai bumi
Tidak satu yang terjadi
Tidak mungkin tersendiri
Cuba cari jawapannya andai meragui

Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala

Pandang-pandang alam ini
Sambil pandang difikiri
Mana bumbung langit tinggi
Mana lantai bumi
Tidak satu yang terjadi
Tidak mungkin tersendiri
Cuba cari jawapannya andai meragui

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Tidak sia-sia aku diuji..

Ada hikmah yang pasti..
Sejak mula ku percaya ada cinta
Cinta itu memungkinkan segalanya
Cinta suci yang abadi


Saiful Apek - Aspalela

Ingat tak lagi janji kita dulu aspalela
Kau dan aku akan bersama sampai ke hari tua
Tapi sayang janji itu dirampas orang ketiga
Oh aspalela jangan buat ku kecewa

Sampai hati kau pergi kepadanya
Makan hatiku bila kau berkata
Patah hati dengan hubungan kita
Hancur hatiku aspalela

Terpisah kerna terpaksa akur desakan keluarga
Ku sedar bukan kehendakmu tapi apakan daya
Adakah lagi harapan untuk kita bersama
Oh aspalela apa syarat pun ku terima

Sampai hati kau pergi kepadanya
Makan hatiku bila kau berkata
Patah hati dengan hubungan kita
Hancur hatiku aspalela

Oh lela lela lela lela
Oh oh oh oh lela lela lela
Oh oh lela lela lela
Oh oh oh oh lela lela lela

Adakah lagi peluang kita bersama
Oh aspalela jangan tinggalkan ku sayang
Sampai hati kau pergi kepadanya
Makan hatiku bila kau berkata
Patah hati dengan hubungan kita
Hancur hatiku aspalela

Lela lela… lela lela lela
Lela lela… lela lela lela
Lela lela… lela lela lela
Lela lela… aspalela

Gembira Hidup Ini - Farah


Uhh….yeahh…,yeahh….
Laa..laa..laa..laa….

Disini kunyatakan semua,
Cerita kehidupanku,
Telah tempuhi hidup yang sukar ku terima,

Tapi ku mampu laluinya,
Merempuh suka dan duka,
Dengan tenang hati ku telan pahit manis kehidupan.

Chorus:
Sekiranya,
Ku tak mampu,
Halangi semua,
Pasti ku hampa.

Sekiranya,
Ku tak bersedia,
Akan ku pulang ke asal ku,
Tapi ku tak rela.

Kerna ku sorang manusia,
Yang tak suka pada duka,
Kerna ku saying gembira,
Gembirakan hidup ini.

Kerna ku tahu inginku,
Apa yang aku inginkan,
Akan ku capai segala,
Segala yang diinginkan
Demi kehidupanku….




Lirik Lagu Retro Melayu Pilihan Aku

Wajah - Aishah

Setenang air di kolam
Begitu wajahmu
Gelora hati di dalam
Tiada yang tahu

Sentiasa terukir
Senyum di bibir
Lindungi perasaan
Di balik gurauan

Namun dari riak mata
Kudapat membaca
Ada garis keresahan
Jiwa antara kita

Dalam gelak dan tawa
Hati terluka
Di dalam keriuhan
Engkau kesepian

( korus )
Seperti engkau jua
Kukenal erti duka
Peritnya keyakinan
Dipersiakan

Seperti kau alami
Kutahu erti sepi
Mengharung kepahitan ini
Ohh sendiri

Setenang-tenang wajahmu
Tidak setenangmu
Tidak berdaya kau lindungi
Kehampaan ini
Dalam senyum tawaku mereka tahu
Diriku kecundang dalam percintaan

( ulang korus )


Lirik Lagu Inggeris Pilihan Aku Minggu Ini

Taking Chances - Celine Dion


You don't know about my past, and
I don't have a future figured out.
And maybe this is going too fast.
And maybe it's not meant to last,

But what do you say to taking chances,
What do you say to jumping off the edge?
Never knowing if there's solid ground below
Or hand to hold, or hell to pay,
What do you say,
What do you say?

I just want to start again,
And maybe you could show me how to try,
And maybe you could take me in,
Somewhere underneath your skin?

What do you say to taking chances,
What do you say to jumping off the edge?
Never knowing if there's solid ground below
Or hand to hold, or hell to pay,
What do you say,
What do you say?

And I had my heart beaten down,
But I always come back for more, yeah.
There's nothing like love to pull you up,
When you're laying down on the floor there.
So talk to me, talk to me,
Like lovers do.
Yeah walk with me, walk with me,
Like lovers do,
Like lovers do.

What do you say to taking chances,
What do you say to jumping off the edge?
Never knowing if there's solid ground below
Or hand to hold, or hell to pay,
What do you say,
What do you say?

Don't know much about your life
And I don't know much about your world


Teenagers - My Chemical Romance lyric

They're gonna clean up your looks
With all the lies in the books
To make a citizen out of you
Because they sleep with a gun
And keep an eye on you, son
So they can watch all the things you do

Because the drugs never work
They're gonna give you a smirk
'Cause they got methods of keeping you clean
They're gonna rip up your heads,
Your aspirations to shreds
Another cog in the murder machine

They say now teenagers scare the living shit out of me
They could care less as long as someone'll bleed
So darken your clothes or strike a violent pose
Maybe they'll leave you alone, but not me

The boys and girls in the clique
The awful names that they stick
You're never gonna fit in much, kid
But if you're troubled and hurt

What you got under your shirt

Will make them pay for the things that they did

They say now teenagers scare the living shit out of me
They could care less as long as someone'll bleed
So darken your clothes or strike a violent pose
Maybe they'll leave you alone, but not me

"some yell" (whaaaa whoya!)

They say now teenagers scare the living shit out of me
They could care less as long as someone'll bleed
So darken your clothes or strike a violent pose
Maybe they'll leave you alone, but not me

All together now!

Teenagers scare the living shit out of me
They could care less as long as someone'll bleed
So darken your clothes or strike a violent pose
Maybe they'll leave you alone, but not me
[x2]


Lirik Lagu Retro Inggeris Pilihan Aku


I Wanna Dance With Somebody - Whitney Houston Lyrics

clock strikes upon the hour.
And the sun begins to fade.
Still enough time to figure out,
How to chase my blues away.

I've done alright up till now.
It's the light of day that shows me how.
And when the night falls...
The loneliness calls.

Oh I wanna dance with somebody,
I wanna feel the heat with somebody.
Yeah I wanna dance with somebody,
With somebody who loves me.
Oh I wanna dance with somebody,
I wanna feel the heat with somebody.
Yeah I wanna dance with somebody,
With somebody who loves me.

I've been in love,
And lost my senses,
Spinning through the town.
Sooner or later the fever ends,
And I wind up feeling down.

I need a man who'll take a chance,
On a love that burns hot enough to last.
So when the night falls,
my lonely heart calls.

Oh I wanna dance with somebody,
I wanna feel the heat with somebody.
Yeah I wanna dance with somebody,
With somebody who loves me.
Oh I wanna dance with somebody,
I wanna feel the heat.
Yeah I wanna dance with somebody,
With somebody who loves me.
(Somebody who somebody who)somebody who loves
me,
(Somebody who somebody who)to hold me in his arms.
I need a man who'll take a chance,
on a love that burns hot enough to last.
So when the night falls, my lonely heart calls.

Oh I wanna dance with somebody,
I wanna feel the heat with somebody.
Yeah I wanna dance with somebody,
With somebody who loves me.
Oh I wanna dance with somebody,
I wanna feel the heat with somebody
Yeah baby I wanna dance with somebody,
With somebody who loves me.
Yeah,
Don’t you wanna dance with me baby?
Don’t you wanna dance with me boy?
Don’t you wanna dance with me baby?
With somebody who loves me,

don't you wanna dance
say you wanna dance
don't you wanna dance... x2

don't you wanna dance
say you wanna dance
uh-huh
with somebody who loves me

Mini Poll Tuan Rumah



Message Forum Tuan Rumah

Free Message Forum from Bravenet.com Free Message Forums from Bravenet.com



Buku Tetamu Tuan Rumah

Sign my Guestbook from Bravenet.com Get your Free Guestbook from Bravenet.com



   





<< June 2004 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30


Tinggal Mesej Utk Tuan Rumah

Sila pastikan anda letak nama di ruangan Name





Pembaca Blog Yang Sedang Online

online



Kaunter Blog Tuan Rumah

myspace


Blog Rakan Rakan


  • Sabak
  • Leez
  • Nizam Zakaria
  • Anepsx20
  • Aldyst
  • Dzool
  • Malique
  • Ahada
  • Amyerik
  • Lordard
  • Melawan Arus
  • Basrie
  • Eisya
  • Idzlin
  • Inachute
  • Jiwang Guy
  • Corebeast
  • Lixasafa
  • Ultramaman
  • Mopikos
  • Netondaline
  • Silvernitwit
  • Nilzd4
  • Pinkygurl
  • Power Of 3
  • Siti Ruzaidah
  • Attoookkkk
  • Sri Wangsa
  • Stador
  • The Singles
  • Wan Moron
  • Jurnal Hidup
  • Atoyis
  • Latiff
  • Semuterbersin
  • Mysa
  • Noorsuraya
  • Kure Kure Sakti
  • Melati
  • Zulkif24
  • Dr FatimahNur
  • Hikaru
  • The Rion
  • My Everything
  • Hidup Ini
  • Batpupu
  • Imansantoso
  • Reedzuan
  • Donababygurl
  • realiti
  • Rouslee
  • Asam Garam
  • RiaQistina
  • Zal
  • Atie
  • Remy Ciki
  • Dew





    Laman Web Pilihan

  • Blogdrive
  • Yahoo
  • Hotmail
  • Era Fm
  • E Kawan
  • Mix Fm
  • Hitz Fm
  • Red 1049
  • American Top 40
  • UK Top 40
  • Bonus Link
  • Utusan Online
  • Harian Metro Online
  • Berita Harian
  • Tanjung Golden Village
  • Golden Screen Cinema
  • Absolute Lyric
  • Celcom Net
  • Maxis Net
  • Digi Com
  • Face Party
  • Face Pic
  • Facelink
  • Tembang
  • Lirik Lagu Melayu
  • Tv3
  • Cari Forum
  • Pergh Com
  • MyElectone
  • Catcha
  • Ntv 7
  • Mtv Asia
  • Astro
  • Cari Kawan
  • Peta Pahang
  • Filem Kita
  • Telatah
  • Lyric
  • RadioMuzik
  • Indosiar
  • 99 FM
  • ILoveBlue
  • TokeiKedai
  • DJ FM


  • Vote Caster Tuan Rumah


    Free Vote Caster from Bravenet.com Free Vote Caster from Bravenet.com


    Beritahu rakan tentang blog ini


    Free Tell A Friend from Bravenet.com Free Tell A Friend from Bravenet.com


    Kiriman E Cards


    Free Greeting Cards from Bravenet.com Free Greeting Cards from Bravenet.com
    Retrieving an E-Card?
    Enter Card Pick-up ID below:




    Kalender Masihi







    Profile Tuan Rumah

  • Nama : Ridzuan

  • Nama panggilan : Wan

  • Tempat tinggal : Chukai , Kemaman - Terengganu

  • Makanan kegemaran : Nasi Goreng Paprik

  • Minuman kegemaran : teh tarik

  • Warna kegemaran : Biru , Hitam

  • Rancangan tv pilihan : Charmed , Crayon Sin chan

  • Rancangan radio pilihan : Pilhan Bersama , UK Top 40 , Carta Baik Banget , Carta Era , Hitz Top 20 , American Top 40 , Carta 21 , The Mixed Top 20

  • Tarikh Lahir : 14 November

  • Umur : 30thn

  • Kenderaan : Kete kecik aje

  • Status : Bujang

  • Hobi : Kumpul lagu dan kumpul VCD

  • Adik beradik : Anak sulung dari 4 adik beradik

  • Asal : Aku orang minang ler

  • Tempat lahir : Seremban Negeri Sembilan

  • Penyanyi pilihan dlm negara : banyak antaranya la Misha , CT , Adibah etc

  • Pelakon pilihan dlm negara : banyak antaranya Azean , Ogy , Erra etc

  • Penyanyi pilihan luar negara : banyak antaranya Christina A , Britney etc

  • Pelakon pilihan luar negara : banyak antaranya Halle Barry , Glenn Close

  • Sukan kegemaran : aku ni kurang sikit bersukan nih

  • Pemakaian : simple aje , ikut keadaan

  • Warna kulit : tak hitam tak putih , sederhana

  • Filem Pilihan : terlalu banyak , tak leh nak spesifik

  • Aktiviti hujung minggu : Lepak kat umah , malam tengok race haram heh2

  • Status : erm setakat ni aku ada la berkawan dgn sorang dua heh heh

  • Rakan karib : ada la sorang dua yg rapat dgn aku , korang tau sapa korang

  • Kelebihan diri : dengar suara dlm tepon ? cair heh heh

  • Kekurangan diri : tak banyak bercakap sangat , ikut keadaan

  • Pendidikan : tak sampai IPT pun

  • Idola : Perdana Menteri Malaysia

  • Tokoh Akademi Pilihan : Datuk Dr Mashitah Ibrahim

  • Aktiviti waktu malam : Tido laa apa lagi

  • Kekasih idaman : Yg pakai tudung , style Wardina ke , Waheeda ke heh heh

  • Cita2 : berjaya dlm hidup

  • Prinsip : there no point of living if you cant feel alive

  • Lagu Pilihan Dlm Negara : terlalu banyak ler , ikut perkembangan semasa

  • Lagu Pilihan Luar Negara : sama mcm lagu pilihan dlm negara

  • Negara yg ingin di lawati : New Zealand

  • Negeri yang ingin di lawati : Sabah , Sarawak

  • Medium perhubungan : bole email atau call aku laaa

  • Tarikh yg di ingati : birthday sendiri , family dan kawan2 baik

  • Kenderaan idaman : dapat Satria GTI atau Yamaha Rxz sebiji cukup ler

  • Pengalaman manis dlm hidup : banyak sangat ler

  • Pengalaman pahit hidup : pun banyak jugak

  • Tabiat buruk : suka menyakat orang heh heh

  • Tempat lepak : ermm jarang melepak ni , ikut keadaan dan mood

  • Kerja : ala keje kuli je , yg pasti gaji halal

  • Alamat Email : azli_nov14@hotmail.com



    Powered by ClockBot.com



    Stesen Radio


    Apakah Stesen Radio No 1 Pilihan Korang
    Hot FM
    Era
    Terengganu FM
    THR
    Mix fM
    Hitz FM
    X Fresh
    Radio Muzik
    Selain dari yang tersenarai di atas
    Tak suka dengar radio
      
    Free polls from Pollhost.com







  • Contact Me

    If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




    rss feed