Wajahmu
Seindah serinya pelangi yang indah
Seharum mawar putih segar berkembang
Wajahmu
Mengapa sering terbayang dimataku
Sehingga terbawa didalam mimpiku
Sayangku
Tahukah kau didalam hatiku ini
Tersimpan perasaan cinta nan suci
Kau bunga
Ingin kusuntingmu menjadi milikku
Lantas kuabadikan dalam jiwaku
Sayangnya
Harapan yang selama ini kubawa
Hancur berkecai musnah jua akhirnya
Semuanya bagaikan sebuah mimpi
Kau pergi jua
Setelah cinta ku kini membara
Belum sempat kucurahkan kasihku
Kau pergi tak kembali...
Info Untuk Korang :-
1. Penyanyi asal lagu ini ialah Adam Ahmad , penyanyi yg popular tahun 80an dahulu ... 2. Pernah di popularkan oleh Irwan penyanyi baru dari Sabah , tetapi kurang mendapat sambutan . 3.Sekarang di nyanyikan kembali oleh Dayang Nurfaizah. 4.Lagu ini di minta oleh rakan tagbod iaitu Sha .
Suziela adakah kau sedari hari ini
Hari sabtu satu hari bulan sepuluh
Tawalah beri yang indah
Kau harus lekas bersiap sedia
Suziela adakah kau sedari hari ini
Hari sabtu Satu haribulan sepuluh
Tawalah beri yang indah
Kau harus lekas bersiap sedia
Korus:
Apa dan apa yang sedang kau fikirkan
Pergi dan terus pergi
Aku tetap menanti (tetap menanti) tetap menanti...
Selamat hari lahir aku ucapkan
Kepadamu insan tercinta
Iringan doa tetap untukmu semoga panjang umur
Aku ucapkan kepada mu insan tersayang
Selamat hari jadi Suziela
Ulang Korus
Mimpi Lagi - The Muffins
Bagai tak bernyawa
Ku masih tak terjaga
Terperangkat dalam mimpiku
Ku berjumpa bayangan dirimu
Jika aku bisa
Kembalikan dirimu
Untuk menemaniku selalu
Sekadar menghindarkan mimpiku
Terbangkanlah aku
Menemui mu diduniamu
Yang terindah dari mimpiku
Hanya yang aku pinta
Cinta sucimu yang sebenarnya
Dapat ku simpan selamanya
Takku pinta semua ini
Berlaku pada mu dan padaku
TIada lagi yang dapat ku sempurnakan janjiku
Sayangnya kau pergi dulu
Hanya yang kau ada
Segala yang ku mahu
CUma ku yang tak mampu memilikimu
Sehingga kau tinggalkan aku
Tiada tempat untukku mengadu
Dirimu yang satu tetap satu
Kemunculan engkau dalam mimpiku
Bawa ku pergi bersamamu
Andai Kau Mengerti - Vince
Dimana akhirnya
Percintaan kita
Yang pernah kau belai
Bersama dengan ku
Pernahkah kau tahu
Hatiku pada mu
Kasih yang menghilang
Dalam dakapan mesra mu
Korus 1:
Adakah ini hanya ilusiku
Nyanyian merdu
Membuaikan diri
Impi lena ku sendiri
Apalah dayaku tanpa dirimu
Menghukum kalbu
Mendambakan kebahagiaan
Korus 2:
Dan biarlah ku disini
Yang pernah mencintai mu
Ruang hati
Sepi tanpa disinari
Haruskah ia terjadi
Mengharapkan kau disisi
Tuk kembali bersama dipangkuan
Bridge:
Segalanya pasti
Andai kau mengerti
Kasih ku yang pernah dikau kusayangi
Pernahkah kau tahu
Hatiku pada mu
Kasih yang menghilang
Dalam dakapan mesra mu
Pernahkah anda menatap wajah orang-orang terdekat dengan anda ketika ia sedang
tidur? Kalau belum , cubalah sekali sahaja menatap wajah-wajah ketenangan mereka
ketika sedang tidur. Ketika itu yang kelihatan adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari seseorang .
Seorang artis yang ketika di panggung, di layar perak, di kaca tv begitu cantik dan gemerlapan pun boleh jadi akan kelihatan sederhana dan jauh berbeza jika ia sedang tidur. Orang paling kejam di dunia pun jika ia sudah tidur tidak akan kelihatan wajah bengisnya.
Perhatikanlah ayah anda ketika beliau sedang tidur. Sedarilah, betapa badan yang dulu sasa dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya. Orang inilah yang setiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya. Orang inilah rela melakukan apa sahaja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar. Sekarang, beralihlah. Lihatlah ibu anda. Hmm...kulitnya mulai keriput dan tangan yang dulu halus membelai-belai tubuh bayi kita itu kini kasar kerana tempaan hidup yang keras. Orang inilah yang tiap hari mengurus keperluan kita.
Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan mengomeli kita semata-mata kerana rasa kasih dan sayang, dan sayangnya, itu sering kita salah ertikan .Cubalah menatap wajah orang-orang tercinta itu : Ayah, Ibu, Suami, Isteri, Kakak, Abang, Adik, Anak, Sahabat, Semuanya. Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya.
Rasakanlah energi cinta yang mengalir perlahan-lahan ketika menatap wajah yang terlelap itu. Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan orang-orang itu untuk kebahagiaan anda. Pengorbanan yang kadang tertutup oleh kesalah-fahaman kecil yang entah kenapa selau sahaja nampak besar. Secara ajaib Tuhan mengatur agar pengorbanan itu dapat kelihatan lagi melalui wajah-wajah jujur mereka ketika sedang tidur.
Pengorbanan yang kadang melelahkan namun enggan mereka ungkapkan. Dan ekspresi wajah ketika tidur pun mengungkap segalanya. Tanpa kata, tanpa suara dia berkata : "betapa lelahnya aku hari ini".
Dan penyebab lelah itu? Untuk siapa dia berlelah-lelah? Tidak lain adalah kita. Suami yang bekerja keras mencari nafkah, isteri yang bekerja keras mengurus dan mendidik anak, juga rumah. Kakak, abang, adik, anak, dan sahabat yang telah melalui hari-hari suka dan duka bersama kita. Resapilah kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi dengan menatap wajah-wajah mereka.
Rasakanlah betapa kebahagiaan dan keharuan seketika terganggu jika mengingat itu semua. Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika keesokan hari mereka; orang-orang yang dikasihi itu tidak lagi membuka matanya, selama-lamanya.....
I
f you can touch it and you can see it, it's REAL.
If you can touch it but you can't see it, it's TRANSPARENT.
If you can't touch it but you can see it, it's VIRTUAL.
If you can't touch it and you can't see it, it's GONE.
Tibalah waktunya
Di penghujung rinduku
Perpisahan adalah kenyataan
Katakan padaku
Walau dengan air mata
Yang jatuh membasahi bumi
Harus disinilah kita berpisah
Lambaikan tanganmu
Pejamkan matamu
Di penghabisan seluruh rindumu
Harus sampai disini
Terbenam sang fajar
Bukan berarti juga sluruh cintaku
Kan pudar untukmu
Kenanglah diriku
Kenanglah....
Pahit dan manis saat bersama
Info utk korang :-
1.Kia Alfi merupakan pemenang kedua di Akademi Fantasi di Indonesia
2.Lagu ini telah pun berada 2 minggu di tangga ke 2 di dalam Carta Baik Banget Red Fm .
MENJAYAKAN konsert sempena perayaan rumah terbuka Tadau Keamatan di Kota Kinabalu, Sabah, baru-baru ini menghadirkan pengalaman manis buat Misha Omar.
Penyanyi yang kini muncul dengan album terbaru, Aksara, menggayakan baju tradisional masyarakat Kadazan dan menyanyikan lagu tradisi suku kaum paling ramai jumlah penduduknya di Sabah itu, sewaktu menjayakan konsert yang diadakan.
“Terima kasih saya ucapkan kepada Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan yang memberikan peluang kepada saya untuk menghiburkan masyarakat di Sabah. Lebih menggembirakan kehadiran saya di saat mereka sedang merayakan hari paling istimewa,” ujarnya sewaktu dihubungi.
Cerita Misha lagi, banyak perkara baru yang dipelajari sewaktu menghiburkan peminat di sana terutamanya apabila terpaksa menyanyi lagu dalam bahasa Kadazan.
“Pada awalnya saya cuak juga, maklumlah menyanyikan lagu yang agak asing dengan lidah kita. Lagipun khuatir juga patah kata yang disebut tidak sama dan membawa makna berbeza.
“Sebagai contoh loghat Kelantan sendiri, kalau orang luar menyebut sesetengah perkataan dengan lenggok yang salah akan membawa makna lain. Silap hari bulan orang akan marah, sedangkan apa yang kita cakapkan itu maksudnya baik.
“Sewaktu saya diberikan lagu itu saya pastikan setiap patah lirik saya faham akan maksudnya. Dengan cara itu saya cepat ingat, namun saya tetap sangsi dengan sebutannya.
“Setiap kali sesi latihan diadakan saya akan bertanya kepada pemuzik yang kebetulan berketurunan Kadazan adakah sebutan saya itu betul atau salah?
“Sampailah apabila saya berada di atas pentas, saya meminta agar saya dibenarkan menyanyi sambil melihat liriknya kerana saya bimbang jika saya tersalah sebut akan membuatkan peminat di sana terutama yang berketurunan Kadazan marah.
“Bagi saya lebih baik kita berjaga-jaga daripada menimbulkan kemarahan orang lain. Apa pun selepas saya menyanyikan lagu rakyat Kadazan itu ternyata peminat hadir suka, dan ada antara mereka turut menyanyi bersama-sama saya,” ceritanya.
Jelas Misha dia juga dapat merasakan kemeriahan perayaan Tadau Keamatan yang diraikan lebih-lebih lagi apabila semua pengunjung yang datang dari awal pagi telah diraikan dengan pelbagai hidangan yang disediakan oleh pihak kerajaan negeri dan kementerian.
ANGGUN... Misha kagum masyarakat pelbagai daerah banjiri lokasi.
“Bayangkan sewaktu saya mengikuti sesi latihan sudah kelihatan ramai masyarakat setempat dari pelbagai daerah membanjiri lokasi perayaan. Pelbagai aktiviti disediakan kepada mereka termasuk jamuan dengan pelbagai hidangan.
“Namun kemuncaknya sudah tentulah malam persembahan konsert. Bayangkan Padang Merdeka, Kota Kinabalu telah dibanjiri lautan manusia. Saya sendiri tidak boleh mengagak berapa puluh ribu orang yang hadir pada malam itu,” katanya.
Selain Misha turut menghiburkan para pengunjung, artis paling popular 2003 Saiful (Apek) Senario yang bertindak selaku pengacara bersama temannya Bob. Bintang Akademi Fantasia, Khai dan beberapa orang artis tempatan Sabah.
Menyentuh tentang perkembangan terbaru jualan Aksara, jelas Misha ia masih terlalu awal untuk diperkatakan.
“Aksara baru tiga minggu dipasarkan, maklum balas daripada kedai kaset belum diperoleh. Namun daripada apa yang saya tahu, 10,000 unit album Aksara sudah pun diedarkan yang mana bagi syarikat rakaman menganggap ia sudah dijual.
“Cuma saya sedih apabila Aksara mula dicetak rompak. Bayangkan baru-baru ini ada peminat di Pulau Pinang memberitahu yang album saya dan Kak Siti (Siti Nurhaliza) dijual di sana dengan harga RM5. Terbaru peminat di Brunei memberitahu yang dia nampak album cetak rompak Aksara dijual dengan harga $B5 (RM11).
MISHA... minta menyanyi sambil lihat lirik.
“Tidak tahu bagaimana sebenarnya untuk kita menghapuskan cetak rompak ini. Walaupun kegiatan itu cuba dihalang oleh pihak berkuasa namun ia masih berleluasa. Saya sendiri tertanya-tanya apa lagi yang harus kita lakukan terhadap mereka ini.
“Saya hairan dulu pun ada juga cetak rompak. Kerana daripada apa yang saya tahu aktiviti cetak rompak tidak pernah putus daripada dulu hinggalah sekarang.
“Cuma ada satu ketika walaupun terpaksa bergelumang dengan aktiviti haram itu tetapi jualan album tempatan boleh mencecah 150,000 hingga 300,000 unit.
“Persoalannya sekarang adakah jualan album ini bergantung kepada harga atau peranan artis itu sendiri bagi memastikan album mereka boleh dijual walaupun dalam waktu yang sama terpaksa bersaing dengan pasaran cetak rompak?,” soalnya kembali seraya mengakhiri perbualan.
suatu ketika dahulu
ku tersesat dalam hidup
sehingga muncul menjelma rasa sayang kepadamu
rupanya inilah cinta
nikmatnya baru ku rasa
tak terbayang bagaimana hidup jika kau tiada
jika kau tiada
pada siapakanku dendang syair cinta
dan dakapan mana harus ku bersandar
meraih kasih yang ku perlu
jika kau tiada
wajah siapa harus ku tenung bila mencari ketenangan
arakian suara siapakah kan membisikkan kata -kata cinta
tak tersusunnya kata
azimat kau kau bawa pastinya ku kan sengsara oh..jika kau tiada
c/o
takku kenal cinta sebelum kau hadir tak ku tahu erti rindu
kini doa ku termakbul ..ku tagih cinta mu selalu
walau ramai ku kenali tiada seikhlasmu kasih
kalam sayang kau ku cinta
hanya nyawa kan bisa memisahkan kita..mamisahkan kita
jika kau tiada
hilanglah bintang dilangit yang berkelip memelita malam yang hiba
hilanglah keajaiban didunia
jika kau tiada
sentuhan siapa yang mampu menyembuh luka dihatiku
lantarannya tawar naluri hati untuk jatuh cinta lagi..
jikalau ku termampu memiliki dunia
pastinya ku kan sengsara oh jika kau tiada
Mengisahkan berkenaan seorang peniaga Nasi Lemak di Kampong Baru, kedai makannya sungguh laku dan pelanggan setiap hari memenuhi kedainya untuk mendapatkan nasi lemak setiap hari. Menurut beliau, resepi sambal keluarga turun-temurun merupakan strategi utama menyebabkan nasi lemak beliau laris.
Tanpa pengetahuan orang ramai, rupa-rupanya "resepi rahsia" yang dimaksudkan itu ialah bangkai ular yang digunakan sebagai pelaris untuk menyedapkan nasi lemak beliau. Bangkai ular berkenaan diwapkan didalam periuk nasi lemaknya menggantikan daun pandan. Setelah lama mengaut keuntungan hasil menipu orang ramai, Kak Kiah (nama betulnya perlu dirahsiakan) bercadang untuk menunaikan umrah di Mekah menggunakan hasil perniagaan beliau.
Pada malam sebelum beliau bertolak ke Jeddah, anak sulongnya menyatakan bahawa ibunya meraung-raung kepanasan walhal malam itu hujan renyai-renyai diluar. Setelah tidak tahu untuk berbuat apa-apa, maka beliau memanggil orang kampung termasuklah saya (penulis) ke rumah untuk membantu. Kalau nak diikutkan pengalaman saya, hanyalah sedikit sahaja dalam ilmu perubatan ini.
Saya sampai kira-kira jam 10.30 malam, ketika itu hujan renyai masih belum berhenti di sambut pula dengan raungan Kak Kiah yang semakin kuat.Saya selawat tiga kali sebelum melangkah masuk ke rumah 2 tingkat Lorong Raja Muda itu dan memberi salam. Jiran-jiran sudah ramai menunggu didalam.
Kak Kiah berada ditengah dengan 6 orang lelaki memegang tangan dan kaki beliau. Saya mengambil tempat dikepalanya dan
melihat badannya berpeluh-peluh manakala kulitnya seperti hendak menggelupas. Saya meminta air masak, sebiji telur, santan kelapa dan ikan bilis daripada anak lelakinya. Ianya tidak menjadi masalah kerana merupakan bahan yang digunakan seharian. Saya gelekkan telur pada permukaan dahinya, raungan Kak Kiah semakin kuat dan nyatanya beliau sungguh marah sungguh terkejut saya apabila beliau menjelirkan lidahnya lalu terkeluar lidah yang bercabang seperti ular. Tanpa membuang masa saya menaburkan ikan bilis ke atas badannya lalu dicurahkan dengan air masak, rontaan Kak Kiah semakin kuat, kulitnya mengelupas dan bersisik lagi busuk. Lalu saya minta anak lelakinya mencurahkan santan ke badannya, Kak Kiah menjerit kuat dan meronta-ronta.
Pada ketika itu seluruh badannya mengeluarkan asap, begitu juga daripada bawah tilamnya. Bau yang busuk tadi telah berganti bau wangi umpama lemak yang datang daripada bawah tilam. Saya arahkan jiran-jiran mengangkat tilam berkenaan.
BILAKAH kali terakhir anda menonton sebuah filem mengenai bencana alam yang dibuat dengan begitu baik sehingga anda percaya ia benar-benar berlaku di luar panggung wayang ketika anda sedang menonton di dalamnya? Sudah agak lama bukan? Maklum saja, pawagam kini banyak dipenuhi dengan filem seram dan cerita hantu.
Mungkin Twister (arahan Jant de Bont) yang menemui penonton pada tahun 1996 dan Armageddon (Michael Bay) yang ditayangkan dua tahun selepas itu menjadi antara filem yang benar-benar meninggalkan kesan mendalam terhadap penonton. Penghasilan imej komputer, kesan dan visual khas serta skrip yang baik membuatkan kita percaya bencana itu boleh berlaku ke atas bumi yang kita diami ini.
Kini, sebuah lagi filem dalam genre yang sama, The Day After Tomorrow arahan pengarah super, Roland Emmerich sekali lagi membuat penonton berasakan bumi bukan lagi tempat yang selamat untuk dihuni. Jika sebelum ini pengarah itu menggegarkan pawagam dengan Independence Day (1996), kini Emmerich menunjukkan taring menerusi filem bencana mengenai cuaca pula.
Filem ini yang dibuat dengan belanja besar, terutama untuk kesan khas, melihat kesan teknologi dan peningkatan suhu dunia ke atas planet bumi. Ia boleh mengakibatkan bencana di seluruh dunia, termasuk taufan, ribut, gempa bumi, ombak besar serta tsunami, banjir dan permulaan kepada sebuah lagi zaman ais.
Fokus cerita ini ialah pada watak Profesor Adrian Hall, seorang saintis yang mengkaji perubahan corak cuaca pada masa lalu (atau dikenali dengan nama paleoclimatologist). Dia cuba menyelamatkan dunia daripada kesan peningkatan suhu dunia. Pada masa yang sama dia turut berusaha menyelamatkan anaknya, Sam, yang terperangkap dalam sebuah perpustakaan di tengah-tengah kota raya New York, yang kian membeku dilanda ais.
Menariknya filem ini ialah apabila penonton terdiam menyaksikan hujan air batu di sebuah daerah di Tokyo yang membawa maut, taufan dan puting beliung yang memusnahkan bandar paling elok cuacanya di dunia, Los Angeles, ribut salji di New Delhi dan akhirnya kedatangan semula zaman ais di New York.
Semua dibuat dengan begitu teliti. Tidak banyak peluang untuk penonton mencari kesilapan Emmerich dalam penghasilan kesan khas filem ini. Mungkin hanya penghasilan imej komputer untuk serigala saja yang tidak nampak real sepenuhnya. Namun ia ditutup dengan baik oleh kehebatan kesan khas lain seperti ketika banjir memusnahkan kota New York, rekahan salji sebesar Rhode Island di kutub Utara dan sebagainya.
Sebenarnya filem ini sepatutnya ditayangkan pada musim panas tahun lalu, namun The Day After Tomorrow hanya memasuki panggung penghujung Mei ini selepas pihak penerbit mengambil keputusan menambah kesan khas yang sedia ada pada filem itu. Keputusan itu tidak sia-sia apabila ia muncul sebuah filem yang tidak mungkin dilupakan untuk jangka masa yang panjang.
Penonton tidak akan melupakan filem ini bukan setakat kerana kehebatan special effectnya, sebaliknya ceritanya juga membawa sedikit kelainan. Setakat ini, tidak banyak, malah mungkin tiada langsung filem yang mencerminkan ketidakupayaan kuasa besar Amerika Syarikat dalam menangani sesuatu isu atau bencana. Malah, selalunya ia digambarkan sebagai sebuah kuasa atau hero kepada dunia.
Kali ini, Amerika akhirnya terpaksa meminta bantuan negara dunia ketiga seperti Mexico untuk menolong rakyatnya yang perlu dipindahkan untuk mengelakkan daripada mati beku di negara sendiri. Jika sebelum ini pelarian adalah dari Mexico yang ditunjukkan menyeberangi sempadan, kali ini senarionya berbeza sekali.
Nampaknya, Hollywood juga mula menerima hakikat, sehebat mana sekalipun teknologi yang ada pada manusia, kuasa Tuhan jauh lebih besar dan mengatasi segala-galanya.
Pada penghujung cerita, penonton juga akan menyaksikan bagaimana presiden negara itu yang memberikan ucapan menerusi kaca televisyen dari pusat pemerintahan di luar negara, mengakui kesilapan sendiri. Mungkinkah kita akan melihat permohonan maaf sebegitu daripada pemimpin negara yang mengaku sebagai polis dunia dalam kehidupan sebenar? Mustahil.
Apa-apa pun, keputusan Dennis Quaid membintangi filem ini ternyata satu tindakan yang tepat. Ia boleh menyelamatkan nama dan kerjayanya selepas beberapa ketika tidak muncul dengan filem yang berjaya. Filemnya sebelum ini, Cold Creek Manor (bersama Sharon Stone) dan The Alamo (Billy Bob Thornton, Jason Patric) gagal menyerlah di box office. The Day After Tomorrow pula sudah pasti mengikut jejak filem Emmerich yang lalu, dengan mencatat keuntungan besar di pawagam, yang seterusnya menaikkan nama pelakonnya.
Quaid turut memberikan lakonan yang baik, di samping pelakon berbakat lain seperti Gyllenhaal yang mendukung watak anak lelakinya. Kemunculan aktor Ian Holm yang terkenal dengan watak Bilbo Baggins dalam trilogi The Lord of the Rings turut menjadikan filem ini menarik untuk ditonton. Lakonan Emmy Rossum sebagai buah hati Sam juga patut diberi perhatian.
LAGI-lagi Siti Nurhaliza! Apa lagi cerita Siti yang akan Pancaindera siarkan? Itulah persoalan mereka yang cemburukan kejayaan si manis berusia 25 tahun itu.
Semua orang bersetuju Siti merupakan antara sumber berita yang utama buat seluruh wartawan hiburan tanah air.
Bahkan, bukan sedikit juga rakan-rakan artis yang kagum dan gembira dengan perkembangan Siti. Lalu, apakah ia menjadi masalah kepada mereka yang sudah jelik untuk membaca artikel mengenai penghibur yang menempa kemasyhuran dalam usia yang muda?
Tugas kami menyediakan laporan berita terkini yang mempunyai nilai berita yang tinggi mengenai artis itu.
Kebetulan minggu ini, ada satu lagi peristiwa yang cukup besar bakal tercatat dalam diari kerjaya seninya andai kata Siti memberi persetujuan.
Peristiwa itu juga bakal memberikan impak yang besar kepada industri hiburan tempatan.
Peristiwa yang kami maksudkan ialah mengenai kejutan yang Siti terima ketika kunjungannya ke Jakarta, Indonesia, minggu lalu.
Siti dilamar sebagai bintang utama filem Tiga Dara oleh tokoh filem Indonesia, Christine Hakim. Masih ingatkah Christine Hakim yang menjadi srikandi Acheh dalam Tjut Nyak Dhien atau kekasih Slamet Raharjo dalam filem Di Balik Kelambu?
Tanpa menunggu lama, soalan sama ada benar atau tidak diajukan kepada Siti dan dia terkejut kerana tidak menyangka pertemuan tertutup itu dapat dihidu oleh wartawan.
Tidak banyak yang dijelaskan Siti mengenai persoalan itu.
``Siti gembira kerana dapat bersua dan berbual mesra dengan Christine Hakim kerana itulah kali pertama Siti dapat berbuat demikian. Selama ini Siti sekadar memandang beliau dari jauh sahaja.
``Ia sekadar pertemuan biasa sahaja di mana beliau ingin mengenali Siti dari dekat. Itu sahaja,'' jelas Siti mengenai pertemuan yang turut disertai abangnya, Saiful Bahri (Ayie) dan kakak iparnya, Rozi di hotel penginapannya di Jakarta.
Pertemuan biasa tanpa lamaran barangkali suatu idea yang tidak praktikal untuk artis yang sibuk seperti Siti dan penggiat filem tersohor dan disegani seperti Christine.
Mengulas pertanyaan itu, Siti yang sekadar tersenyum simpul tidak menafikan, Christine ada menyuarakan hasrat dan melamarnya untuk membintangi filem yang bakal diterbitkan, Tiga Dara.
Hajat Christine untuk menggandingkan dia dengan tiga artis wanita popular dari seberang, Kris Dayanti, Dian Sastrowadoyo dan Titiek Puspa kata Siti, begitu dihormati.
``Pada pertemuan itu, Siti tidak memberi sebarang kata putus berhubung tawaran berlakon.
``Siti gembira kerana Christine begitu memahami pendirian Siti. Bahkan, beliau juga sedia maklum jadual kerjaya seni Siti amat ketat sehingga hujung tahun ini. Segala-galanya terpulang pada masa dan keadaan,'' kata Siti lagi.
Andai kata dalam tempoh terdekat ini terbuka pintu hati Siti untuk berlakon selain mendapat sokongan padu daripada keluarga, apakah Siti menerima tawaran itu?
``Siapa tahu kalau sudah tertulis jodoh Siti untuk berlakon dengan kerjasama Christine? Siti tidak boleh menolak ketentuan itu,'' kata Siti tenang tanpa sebarang keraguan.
Bagi Siti, lamaran Christine untuk menggandingkan dengan Kris, Dian dan Titiek suatu idea yang baik untuk perkembangan kerjaya seninya.
``Namun yang menjadi persoalannya sekarang ialah buat masa ini Siti belum terbuka hati untuk berlakon,'' jelas Siti mempertahankan pendiriannya.
Bergelar saudagar teh
Tinggalkan seketika tawaran berlakon kerana secara peribadi Siti enggan peminat tersalah tafsir jawapannya itu kerana sebelum ini dia pernah menegaskan untuk melupakan seketika tawaran ke layar perak yang pernah diterima kerana mahu memberi perhatian yang serius kepada bidang nyanyian.
Sebaliknya, satu cerita menarik yang ingin dikongsi bersama pembaca Pancaindera dan peminat-peminatnya ialah berita mengenai perluasan skop perniagaan syarikat Siti Nurhaliza Marketing.
Cabang perniagaan baru yang diterokainya ialah menghasilkan produk serbuk teh yang menggunakan jenama Ctea.
Dijolok dengan usikan Siti sebagai saudagar teh, dia sekadar ketawa besar.
``Sudah lama Siti terfikir ingin mempunyai jenama minuman sendiri dan syukur kerana keinginan itu tercapai juga akhirnya,'' kata Siti.
Ctea diproses di Negeri Di Bawah Bayu, Sabah dan daun teh diperoleh dari ladang teh yang terletak di kaki Gunung Kinabalu.
Leka memberi penjelasan mengenai serbuk teh itu, nada suara Siti tiba-tiba berubah seperti seorang ahli perniagaan jualan langsung.
``Keistimewaan teh ini ialah ia tidak menggunakan bahan kimia sebaliknya, bahan-bahan organik dan dihasilkan dalam perisa pandan dan geranium.
``Dalam tempoh terdekat pula, kami akan menghasilkan perisa tongkat ali dan halia untuk memberi pilihan yang pelbagai kepada pembeli,'' terang Siti mengenai produk Ctea yang sudah memasuki pasaran.
Berdebar kerana konsert bergerak
Pada saat ini, kesempatan untuk media bertemu Siti barangkali sesuatu yang amat sulit untuk ditunaikan oleh artis tersebut.
Ini kerana Siti memerlukan masa dan ruang untuk diberi perhatian pada sesi latihan bersempena dengan siri konsert bergerak yang akan bermula Ahad depan.
``Siti kini dikuarantin oleh pihak pengurusan,'' kata Siti mengusik.
Siri konsert bergerak yang akan berlangsung di 13 tempat yang sudah dikenal pasti kata Siti sesuatu yang manis untuk dikenang di hari tuanya.
Selama hampir sedekad bergelar penyanyi, Siti pernah menyimpan hasrat untuk mengulangi kejayaan mengadakan persembahan secara percuma di sebuah lokasi yang besar untuk peminat-peminatnya seperti mana yang pernah dilakukan Allahyarham Sudirman ketika hayatnya.
``Syukur rezeki Siti lebih murah kali ini apabila penaja bersetuju untuk menampung kos penerbitan di 13 lokasi dan kesempatan ini sesuatu yang di luar dugaan Siti,'' luah Siti dalam nada cukup terharu.
Biarpun masih ada enam bulan untuk kita menjengah tahun 2005, namun Siti sudah pun disahkan akan ke negara matahari terbit, Jepun pada 11 Januari depan.
Kunjungannya ke negara itu bersempena dengan tarikh kelahirannya adalah kerana diundang untuk menjayakan persembahan oleh penganjur di sana.
``Syukur kerana Tuhan terus memurahkan rezeki Siti. Harapan Siti juga semoga keluarga dan rakan-rakan terus mendoakan yang terbaik untuk kerjaya seni Siti.
``Siti harus jelaskan di sini juga bahawa Siti cukup gembira dengan kehidupan yang sedang Siti lalui biarpun sering sibuk dengan jadual seni yang padat,'' kata Siti.
Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala
Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya…pasti
Pandang-pandang alam ini
Sambil pandang difikiri
Mana bumbung langit tinggi
Mana lantai bumi
Tidak satu yang terjadi
Tidak mungkin tersendiri
Cuba cari jawapannya andai meragui
Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala
Pandang-pandang alam ini
Sambil pandang difikiri
Mana bumbung langit tinggi
Mana lantai bumi
Tidak satu yang terjadi
Tidak mungkin tersendiri
Cuba cari jawapannya andai meragui
Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Tidak sia-sia aku diuji..
Ada hikmah yang pasti..
Sejak mula ku percaya ada cinta
Cinta itu memungkinkan segalanya
Cinta suci yang abadi
Saiful Apek - Aspalela
Ingat tak lagi janji kita dulu aspalela
Kau dan aku akan bersama sampai ke hari tua
Tapi sayang janji itu dirampas orang ketiga
Oh aspalela jangan buat ku kecewa
Sampai hati kau pergi kepadanya
Makan hatiku bila kau berkata
Patah hati dengan hubungan kita
Hancur hatiku aspalela
Terpisah kerna terpaksa akur desakan keluarga
Ku sedar bukan kehendakmu tapi apakan daya
Adakah lagi harapan untuk kita bersama
Oh aspalela apa syarat pun ku terima
Sampai hati kau pergi kepadanya
Makan hatiku bila kau berkata
Patah hati dengan hubungan kita
Hancur hatiku aspalela
Adakah lagi peluang kita bersama
Oh aspalela jangan tinggalkan ku sayang
Sampai hati kau pergi kepadanya
Makan hatiku bila kau berkata
Patah hati dengan hubungan kita
Hancur hatiku aspalela
Seperti kau alami
Kutahu erti sepi
Mengharung kepahitan ini
Ohh sendiri
Setenang-tenang wajahmu
Tidak setenangmu
Tidak berdaya kau lindungi
Kehampaan ini
Dalam senyum tawaku mereka tahu
Diriku kecundang dalam percintaan
( ulang korus )
Lirik Lagu Inggeris Pilihan Aku Minggu Ini
Taking Chances - Celine Dion
You don't know about my past, and
I don't have a future figured out.
And maybe this is going too fast.
And maybe it's not meant to last,
But what do you say to taking chances,
What do you say to jumping off the edge?
Never knowing if there's solid ground below
Or hand to hold, or hell to pay,
What do you say,
What do you say?
I just want to start again,
And maybe you could show me how to try,
And maybe you could take me in,
Somewhere underneath your skin?
What do you say to taking chances,
What do you say to jumping off the edge?
Never knowing if there's solid ground below
Or hand to hold, or hell to pay,
What do you say,
What do you say?
And I had my heart beaten down,
But I always come back for more, yeah.
There's nothing like love to pull you up,
When you're laying down on the floor there.
So talk to me, talk to me,
Like lovers do.
Yeah walk with me, walk with me,
Like lovers do,
Like lovers do.
What do you say to taking chances,
What do you say to jumping off the edge?
Never knowing if there's solid ground below
Or hand to hold, or hell to pay,
What do you say,
What do you say?
Don't know much about your life
And I don't know much about your world
Teenagers - My Chemical Romance lyric
They're gonna clean up your looks
With all the lies in the books
To make a citizen out of you
Because they sleep with a gun
And keep an eye on you, son
So they can watch all the things you do
Because the drugs never work
They're gonna give you a smirk
'Cause they got methods of keeping you clean
They're gonna rip up your heads,
Your aspirations to shreds
Another cog in the murder machine
They say now teenagers scare the living shit out of me
They could care less as long as someone'll bleed
So darken your clothes or strike a violent pose
Maybe they'll leave you alone, but not me
The boys and girls in the clique
The awful names that they stick
You're never gonna fit in much, kid
But if you're troubled and hurt
What you got under your shirt
Will make them pay for the things that they did
They say now teenagers scare the living shit out of me
They could care less as long as someone'll bleed
So darken your clothes or strike a violent pose
Maybe they'll leave you alone, but not me
"some yell" (whaaaa whoya!)
They say now teenagers scare the living shit out of me
They could care less as long as someone'll bleed
So darken your clothes or strike a violent pose
Maybe they'll leave you alone, but not me
All together now!
Teenagers scare the living shit out of me
They could care less as long as someone'll bleed
So darken your clothes or strike a violent pose
Maybe they'll leave you alone, but not me
[x2]
Lirik Lagu Retro Inggeris Pilihan Aku
I Wanna Dance With Somebody - Whitney Houston Lyrics
clock strikes upon the hour.
And the sun begins to fade.
Still enough time to figure out,
How to chase my blues away.
I've done alright up till now.
It's the light of day that shows me how.
And when the night falls...
The loneliness calls.
Oh I wanna dance with somebody,
I wanna feel the heat with somebody.
Yeah I wanna dance with somebody,
With somebody who loves me.
Oh I wanna dance with somebody,
I wanna feel the heat with somebody.
Yeah I wanna dance with somebody,
With somebody who loves me.
I've been in love,
And lost my senses,
Spinning through the town.
Sooner or later the fever ends,
And I wind up feeling down.
I need a man who'll take a chance,
On a love that burns hot enough to last.
So when the night falls,
my lonely heart calls.
Oh I wanna dance with somebody,
I wanna feel the heat with somebody.
Yeah I wanna dance with somebody,
With somebody who loves me.
Oh I wanna dance with somebody,
I wanna feel the heat.
Yeah I wanna dance with somebody,
With somebody who loves me.
(Somebody who somebody who)somebody who loves
me,
(Somebody who somebody who)to hold me in his arms.
I need a man who'll take a chance,
on a love that burns hot enough to last.
So when the night falls,
my lonely heart calls.
Oh I wanna dance with somebody,
I wanna feel the heat with somebody.
Yeah I wanna dance with somebody,
With somebody who loves me.
Oh I wanna dance with somebody,
I wanna feel the heat with somebody
Yeah baby I wanna dance with somebody,
With somebody who loves me.
Yeah,
Don’t you wanna dance with me baby?
Don’t you wanna dance with me boy?
Don’t you wanna dance with me baby?
With somebody who loves me,
don't you wanna dance
say you wanna dance
don't you wanna dance... x2
don't you wanna dance
say you wanna dance
uh-huh
with somebody who loves me