|
Seekor belalang telah lama terkurung dalam sebuah kotak. Satu hari ia berhasil keluar dari kotak yang mengurungnya, dengan gembira dia melompat-lompat menikmati kebebasannya. Di perjalanan dia bertemu dengan seekor belalang lain, namun dia kehairanan mengapa belalang itu dapat melompat lebih tinggi dan lebih jauh darinya. Dengan perasaan ingin tahu dia menghampiri belalang lain itu dan bertanya, " Mengapa kau dapat melompat lebih tinggi dan lebih jauh dariku , padahal kita tidak jauh berbeza dari usia mahupun ukuran tubuh? " Belalang itu menjawab dengan pertanyaan, " Di manakah kau tinggal selama ini? Semua belalang yang hidup di alam bebas pasti dapat melakukan seperti yang aku lakukan." Ketika itu si belalang baru tersedar bahawa selama ini kotak itulah yang telah membuat lompatannya tidak sejauh dan setinggi belalang lain yang hidup di alam bebas. ************************************************************ Kadang-kadang kita sebagai manusia, tanpa sedar, pernah juga mengalami perkara yang sama dengan belalang tersebut. Persekitaran yang buruk, hinaan, trauma masa lalu, kegagalan berantaian, perkataan teman, tradisi, dan kebiasaan boleh membuat kita terpenjara dalam kotak ? pseudo ? ( palsu ) yang mementahkan potensi kita. Lebih sering kita mempercayai mentah-mentah apa yang mereka katakan kepada kita tanpa berfikir dalam-dalam bahawa apakah perkara itu benar adanya atau benarkah kita selemah itu? Lebih parah lagi, kita acap kali lebih memilih mempercayai mereka daripada mempercayai diri sendiri. Tahukah anda bahwa gajah yang sangat kuat dapat diikat hanya dengan seutas tali yang terikat pada sebilah pancang kecil? Gajah sudah akan merasa dirinya tidak dapat bebas jika ada "sesuatu" yang mengikat kakinya, padahal 'sesuatu ' itu boleh jadi hanya seutas tali kecil. Pernahkah anda bertanya kepada diri anda sendiri bahawa anda boleh ' melompat > lebih tinggi dan lebih jauh ' kalau anda mahu menyingkirkan ' penjara ' itu? Tidakkah anda ingin membebaskan diri agar anda dapat mencapai sesuatu yang selama ini anda anggap di luar batas kemampuan dan pemikiran anda? Sebagai manusia kita berkemampuan untuk berjuang, tidak menyerah begitu sahaja kepada apa yang kita alami. Kerana itu, teruslah berusaha mencapai segala aspirasi positif yang ingin anda capai. Sakit?.. memang, lelah?.. memang, tetapi jika anda sudah sampai di puncak, semua pengorbanan itu pasti akan terbayar. Pada dasarnya, kehidupan anda akan lebih baik kalau anda hidup dengan cara hidup pilihan anda sendiri, bukan dengan cara yang dipilihkan orang lain untuk anda. Hidup yang tidak memiliki tujuan jauh lebih menakutkan daripada hidup yang tidak mencapai tujuan. |
| Leave a Comment: |