|
Erra Fazira pasrah kemungkinan berceraiOleh MOHAMMAD ARIF NIZAM ABDULLAH KUALA LUMPUR 22 Mac - Aktres terkenal tanah air, Erra Fazira hari ini memberitahu dia pasrah dan reda menghadapi sebarang keputusan berhubung masalah rumah tangganya dengan Yusry termasuk kemungkinan bercerai. Malah kata Erra, 32, dia sudah berasa bosan dan pada masa yang sama gementar serta takut memikirkan tentang penyudah hubungannya dengan suaminya itu. Setelah hampir empat bulan membuat pengakuan tidak duduk sebumbung, artis jelita itu kini mengakui tiada tanda-tanda penyelesaian kepada kemelut rumah tangga mereka. ``Apa yang Erra risau ialah masa terus berjalan tanpa ada tanda-tanda penyelesaian sampai sekarang. ``Walaupun kami selalu berjumpa dan duduk berbincang mengenai hal rumah tangga tetapi masih tiada jalan penyelesaian,'' katanya di sini hari ini. Menurut Erra, dia dan Yusri telah banyak `bermain' dengan masa menyebabkan tarikh tamat penyelesaian yang ditetapkan oleh mereka tidak pernah ada jawapan dan sering tertunda. ``Sudah beberapa kali deadline untuk menyelesaikan masalah ini tertunda. ``Daripada jangka masa sebulan terus tertunda ke beberapa bulan sehingga ke hari ini masih juga belum ada penyelesaiannya,'' kata bekas Ratu Cantik Malaysia itu. Sehubungan itu, katanya, salah seorang di antara mereka perlu bertegas membuat keputusan mengenai masalah yang dihadapi. ``Peminat tidak tahu apa yang berlaku. Sebenarnya saya dan Yusry telah berusaha untuk menyelamatkan rumah tangga kami. ``Cuma kami tidak mahu hebohkan kepada masyarakat. Apa pun, saya berharap peminat mendoakan yang terbaik untuk kebahagiaan rumah tangga kami,'' katanya. Bagaimanapun menurut Erra, jika ditakdirkan penyudah rumah tangganya memihak kepada keadaan yang tidak baik, dia percaya ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya. ``Kami sudah bersedia menghadapinya. Tapi ketika ini kami sudah berjanji untuk terus berkawan jika tidak dapat bersama lagi,'' kata Erra yang akan berlakon filem terbaru Lost And Found arahan Afdlin Shauki awal April ini. |
| we love you two May 4, 2007 05:11 PM PDT rujuklah semula saya yakin yang erra dan yusry akan bersatu balik...insyallah....... | ||
| rossmerah June 17, 2006 09:30 AM PDT Rujuklah semula. Kejarilah pahala bukan dosa. Semoga kalian bahagia. | ||
| Leave a Comment: |