Entry: Petikan Utusan Melayu Online 16 April Sunday, April 16, 2006



Amelina ratu dangdut

MASIH ingatkah lagi anak gadis manis manja dan sering menjadi penghias majalah dan penyeri akhbar?. Walaupun dia cukup popular pada eranya, namun Amelina amat jarang menghampakan pihak media.

Sikapnya yang mudah mesra dan periang itu membuat dia disenangi khalayak massa.

Populariti yang dimilikinya itu tidak pernah menjadi penghalang untuk dia didekati wartawan. Dia tidak memilih, walaupun majalah yang mahukannya itu adalah baru dan beberapa bulan berada di pasaran.

Maka fahamlah kita, mengapa apabila tiba-tiba dia menghilang, peminatnya mula merinduinya dan peminat dangdut pula tertanya-tanya bilakah penyanyi kesayangan mereka akan muncul semula.

Mengapa dan kenapa terjadinya ‘kehilangan ini’ hanya dia dan keluarganya yang mengerti. Apa yang pasti suaranya masih dinantikan khalayak banyak.

Menyedari akan hasrat peminatnya maka, pihak Warner Music telah menerbitkan album kompilasi lagu-lagu terbaik dan paling popular Amelina yang masih meresap di jiwa peminatnya hingga kini.

Album kompilasi lagu-lagu terbaik dan popular daripada Amelina sudah pun berada di pasaran.

Kehadiran album ini tentunya akan mengubat rindu dan mengimbau kenangan lalu kala peminatnya membelek-belek album ini.

Bagi peminatnya, himpunan lagu-lagu Amelina termasuk dua lagu baru itu mampu menghiburkan siapa saja, apa lagi kala sendirian.

Jadi, jom kita lihat lagu menarik yang terdapat dalam album ini. Antara lagu-lagu popular yang terdapat pada cakera pertama ini ialah Rindu, Asyik, Sini Cinta Sana Cinta nyanyian bersama Sheeda, Yang Tersayang bersama Iwan, Yang Indah Yang Hangat (Come Take My Hand), Aku Jatuh Cinta dan dua lagu baru yang belum dimuatkan dalam mana-mana album sebelum ini iaitu Hangatnya Cinta dan Ah! Aku Tahu.

Pada cakera dua, Seri Langkat, Amelina berduet dengan Jamal Abdillah, Ah! Rindu lagi, Semakin Rindu Semakin Asyik, Zapin Tujuh Purnama, Asyik (versi 2006 rakaman baru) dan Rindu (versi 2006) juga rakaman baru.

Album sentuhan Arab memuatkan wajah-wajah dan gaya manja Amelina istimewa buat peminatnya dan diterbitkan Warner Music Malaysia.

   4 comments

lailaisabell
October 26, 2006   09:20 AM PDT
 
bleh kenal ngan awk?
ecah
April 24, 2006   02:51 PM PDT
 
bz ker? blog nie rce mcm xbest dh, klau nk dicompare kn ngan sblum nie. ops.. bz study! right! okais. make it more fun.. ;)
kim
April 24, 2006   11:45 AM PDT
 
mcm kenal riszuan ni...
risc
April 19, 2006   01:06 PM PDT
 
awak siapa?..bleh kenal? nama tu mcm kenal ..

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments